Thursday, September 21, 2017

author photo
Drama Titian Cinta Slot Akasia TV3 | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar cik ash harap semuanya sihat sokmo deh.. Siapa kah sini layan drama Titian Cinta ni.. cik ash baru nak start layan best pulak jalanan ceritanya..


Drama ini merupakan terbitan syarikat Zamriez Gloden Pictures, mempunyai sebanyak 28 episode. drama ini ditayangkan di slot akasia tv3 setiap hari isnin hingga khamis jam 7.00 malam.. Lakonan dalam drama ni Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusof, Tisha Shamsir, Diam P.Rammle, Marisa Yasmin,Kuza,Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj dan Arash Mohd.

Drama ini cik ash terlupa sokmo nak layan dekat tv selalu duk layan online.. malas sangat nak layan tv takut jadi ralik hahahhaha.. nanti tak pasal-pasal kerja kat rumah tertangguh pulak. Dekat bawah ini cik ash kongsikan sinopsis mengenai drama Titian Cinta ni.. 

Sinopsis Titian Cinta 
Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan sofia, Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau kucing kurang oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh sofia. 

Harris ingin menebus khilafnya, kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri, kini dia mahu menebus semuanya. 

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan llahi. 

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Adakah bahagia menjadi milik mereka nantikan? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau mungkinkah Rayyan layak menjadi pegganti? 

Kita tunggu dan layan drama ni sampai episode akhir ya.. hahahhaha...ok la jumpa lagi nanti di entri yang lain..

This post have 6 komentar

avatar
Norihanyusuf delete September 21, 2017 at 9:26 PM

jarang layan cite-cite berepisod ni. Kite tak minat zul aripin, huhuhu

Reply
avatar
Hani Rahman delete September 21, 2017 at 10:17 PM

Baru jer layan, Aisy kena halau dah... Actually tak faham kenapa Harris tu x brp layan Aisy sebab tak tengok dari mula... Klu Zul Ariffin berlakon mmg harus tengok lah, tapi nampak serabut skit dia dlm drama nih...

Reply
avatar
✿Cik Cappuccino Latte ✿ delete September 22, 2017 at 12:51 AM

CCL baru terjah episod 5 terus jatuh cinta dengan drama ni , so gigih jugak cari episod satu until 4 ,hehe

Reply
avatar
Siti Awadah delete September 22, 2017 at 11:43 AM

melekat terus depan TV tgk abe zul lo ni... sengeh sorang2 plak tu walau tok laki ada kat tepi.. kikiki

Reply
avatar
I am LZ delete September 22, 2017 at 12:05 PM

LZ ada tengok jugak drama ni tapi tak setia sangat duk depan tv..
At least baca sinopsis Cik Ash ni fahamlah sikit jalan cerita dia..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post