MADAH UNTUK RENUGAN BERSAMA

January 02, 2011



            Sesungguhnya dunia diibaratkan sebagai sebuah kapal yang sedang belayar menuju ke sebuah pelabuhan yang aman (akhirat) dan kapal itu datangnya dari sebuah alam yang kita tidak ketahui. Di tengah-tengah perjalanan, kapal itu berhenti berlabuh pada sebuah pulau yang bernama dunia untuk berehat sementara dalam mencari serta mencukupi keperluan-keperluan kecil sebagai bekalan untuk menuju ke Pulau Bahagia. Rumput di pulau itu terlalu indah, pasirnya putih bersih umpama kapas tapi bukan sali, kerana yang sali tidak ada pulau di tengah-tengah lautan seperti itu,dia cuma di tanah besa sana. 

           Kapten kapal mengizinkan penumpang-penumpang turun ke pulau untuk berehat melihat-lihat, tetapi jangan leka manakala ada panggilab kapal akan belayar. Setengahnya ada yang leka kerana terlalu terpengaruh dan ada yang mengikut arahan kapten. Tempatnya di kapal itu telah diduduki oleh orang lain. Sebahagian besarnya pula menganggap pelayarannya masih jauh. Dia menyangka yang dia telah sampai ke tempat yang dituju. Seolah tidak ada tempat lain yang seindah itu.

          Berkali-kali loceng bebunyi memangil penumpang naik ke kapal,dia terus tidak mengendah sahaja apa yang disuruh. Akhirnya kapal mendayung sauhnya dan belayar menuju je alam aman dan bahagia, sedang yang lain tinggal di pulau itu. Meraka berjalan ke penghujung pengkalan barulah dia sedar bahawa pulau itu bukanlah tempat yang dituju, dia sedang dikeliling air waktu itu, dia terus menyesal tapi sesalan itu sudah tidah berguna lagi. Kapal itu semakin lama semakin jauh meninggalkan dia. Dia menangis meraung supaya dia diambil. Manusia tiada lagi menjadi kawan dan kapal tiada lagi datang. Hari semakin gelap, sang malam mula datang ular,kala, lipan dan binantang-binantang berbisa keluar dari sarangnya hendak menerkam dan mengigit,semakin lama bertambah banyak yang mengancam.


                          " SUPAYA SEMUA PEMBACA DAPAT 
                                    MENGAMBIL IKHTIBAR"


You Might Also Like

0 ulasan

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017