Angkasawan Negara Tiada Di Sisi Sewaktu Isteri Bersalin

June 27, 2011



ketepi2 nak share pasal angkasawan negara ni... haahhahahhaha.... x sabar nak tengok anak datuk sheikh dgn dr harlina.. mesti comel2 kan kan...


Ehsan gua.com.my



Tinggal kurang sebulan saja lagi, angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar serta isteri, Datin Dr. Halina Mohd Yunos akan menimang cahaya mata sulung. GUA berpeluang bertemu dengan pasangan bahagia ini di Bangsar Village 2, Rabu lalu di mana mereka sudi berkongsi keterujaan mereka yang bakal bergelar ibu dan bapa.

“Saya nak anak lelaki manakala isteri nak anak perempuan. Tapi untuk anak pertama ini kami memang tak kisah. Kami juga tak tahu jantina bayi kami kerana ingin buat kejutan. Apa-apapun kami betul-betul teruja untuk bergelar ibu dan bapa,” ujar Dr. Sheikh Muszaphar teruja.

“Saya suka kanak-kanak sejak dari dulu lagi. Saya memang nak keluarga yang besar, kalau boleh nak 10 orang anak. Bila dapat tahu isteri saya mengandung dan saya bakal bergelar bapa, saya rasa teruja sangat. Kami berdua banyak membaca buku, beli barangan bayi dan sediakan sebuah bilik khas untuk anak.

Perasaan yang sama turut dikongsi oleh Dr. Halina yang mengakui begitu teruja bergelar ibu. Ketika ditemui, Dr. Halina turut meluahkan rasa syukur kerana telah dipermudahkan segala-galanya sepanjang beliau hamil.

“Alhamdulillah, saya melalui proses kehamilan yang sangat mudah. Tidak ada alahan untuk ‘first trimester’ dan saya juga tidak mengidam apa-apa yang pelik. Namun, untuk ‘trimester’ yang terakhir ini, saya agak penat juga. Walau bagaimanapun, rakan-rakan sekerja sangat memahami kerana saya dah tak diberi kerja di bahagian ICU lagi. Malah, suami pun sangat membantu,” jelas Dr. Halina gembira.

“Sudah tentu saya gembira dan sangat teruja ketika dapat tahu saya mengandung. Syukur, alhamdulillah. Cuma apa yang mendebarkan saya sekarang ialah cara nak besarkan bayi ini nanti.”

Ketika ditemui, Dr. Sheikh Muszaphar turut memberitahu berkemungkinan besar tidak akan berada di samping Dr. Halina ketika isteri tercintanya itu melahirkan anak.

“Isteri saya dijangka bersalin pada 17 Julai nanti. Kita tak tahu sama ada dia akan bersalin pada waktu itu atau tarikh lain, jadi saya tak boleh nak tangguhkan kerja saya. Bagi saya, kerja tetap kerja dan saya tak boleh nak tangguh semua itu,” ujarnya memberitahu akan memberi ceramah di luar negara.

"Pada 15 Julai nanti saya akan ke luar negara,malah pada tarikh dia bersalin iaitu 17 Julai juga saya akan berada di Taiwan untuk bagi ceramah di sana. Mujur dia seorang yang memahami. Walaupun bagaimanapun, saya sentiasa berdoa agar saya akan berada di samping dia bila dia bersalin nanti. Namun,jika saya tak ada juga, keluarga yang lain akan ada dengan dia."






You Might Also Like

1 ulasan

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME 2017