Datuk Lee Chong Wei Mara Ke Final Terbuka Di Indonesia

June 25, 2011

Datuk Lee Chong Wei Mara Ke Final Terbuka Di Indonesia





Hai korang  blog ekin ni dah jadi info pasal sukan pulak ke... demi kepada peminat-peminat sukan.. saya share apa yang taw pasal sukan sikit2.. ni dapat pun dapat info dari http://www.arena.my.. kepada The-Happy-Warriors,Wan FakrulHepi Pah Ceroh, Ayie Nano,Salman Ismail terima kasih kerana memberi saya semangat utk membuat info sukan di blog saya.. hahahhahahah


 Ihsan : Arena my
Source: Bernama




JAKARTA, (Bernama) - Datuk Lee Chong Wei merupakan wakil tunggal negara untuk meneruskan cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia yang berlangsung di Istora Senayan di sini.
Pemain No 1 dunia itu mengalahkan Nguyen Tien Minh dari Vietnam dalam perlawanan suku akhir hari ini dengan kemenangan 21-10,21-14 dan semakin hampir untuk mencatatkan kemenangan hatrik di Terbuka Indonesia.
Namun ketika Chong Wei meneruskan penguasaan, harapan dua lagi pasangan beregu Malaysia pada kejohanan ini diranapkan oleh pemain Indonesia. 
Chin Ee Hui dan Wong Pei Tty kalah kepada Vita Marissa dan Nadya Melati dengan catatan 17-21,21-17,17-21 dalam perlawanan suku akhir manakala Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat tumpas kepada Mohammad Ahsan dan Bona Septano 21-19,21-14 dalam masa kurang 37 minit.
Dengan itu hanya tinggal Chong Wei untuk menggalas tanggungjawab itu tetapi beliau dijangka menempuh laluan selesa untuk menggenggam kejuaraan.
 


Beliau bakal berdepan Chen Long atau Du Pengyu dari China pada perlawanan separuh akhir tetapi berikutan pemain paling digeruni Lin Dan sudah terkeluar daripada kejohanan, laluan mudah menanti Chong Wei untuk menjulang gelaran ketiga berturut-turut.
"Saya mara ke separuh akhir dan inilah fokus saya sekarang. Perlawanan akhir atau gelaran. Itu perkara berbeza. Saya perlu lepasi separuh akhir terlebih dahulu dan sepertimana anda tahu, semua orang memberi tumpuan pada saya.
"Satu masa dulu saya biasanya berasa bimbang dan merancang apa yang saya patut lakukan apabila bertemu lawan tertentu. Tetapi sekarang tidak lagi. Bagi saya, apa yang saya bimbangkan sekarang ialah bagaimana untuk bermain sebaik mungkin mengikut keupayaan saya," kata Chong Wei.
Bagi Koo dan Tan, ini merupakan satu lagi kekecewaan berikutan kegagalan menandingi kehandalan pemain lawan.
"Kami cuba tetapi tidak mampu. Sebaik sahaja mereka (lawan) menang set pertama, keyakinan mereka meningkat dan kami tidak mampu menandinginya," kata Tan.



You Might Also Like

0 ulasan

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017