Info Sukan:Kejuaraan Sempurna Datuk Lee Chong Wei

June 27, 2011



Assalamualaikum.... selamat tenghari.. eh selamat petang dah la.. hahhahahah... jom2 kita luch dulu... kali ke 2 saya menulis entry pasal sukan... asyik2 badminton jer yg saya update... nak taw  kenapa saya suka update pasal badminton sbb saya minat sukan ni.. tapi tak berkesempatan nak terkenal mcm Datuk Lee Chong Wei.. hahhahahahha... apa2 pun sumber ni seperti biasa saya dapat dari  SINI JUGA.


Ehsan dari Utusan Malaysia 

Kejuaraan Sempurna Chong W

KUALA LUMPUR-Datuk Lee Chong Wei bukan sekadar merangkul gelaran Siri Super 
Terbuka Indonesia buat kali keempat, bahkan pemain badmiton No. 1 dunia itu 
mempamerkan kesempurnaan apabila tidak melepaskan walau satu set pun pada kejohanan tersebut selepas perlawanan akhir, semalam. 
   Kemenangan mudah 21-11,21-7 ke atas Peter Hoeg Gade dalam tempoh 31 minit di 
Stadium Istora Senayan semalam,membuktikan kejaguhan anak jati Bukit Mertajam, 
Pulau Pinang ini selain melebarkan rekod pertemuan dengan pemain veteran Denmark 
itu kepada 12 berbalas satu. 
    Selaku juara Terbuka Indonesia 2011,Chong Wei yang turut mengulangi  kejayaan    di sini pada tahun 2007,2009 dan tahun lalu, meraih ganjaran AS$45,000 (RM136,822). 
   Gade, 34 yang muncul naib juara pulang dengan hadiah AS$22,000 (RM66,891).
Pemain negara itu juga mencatat sejarah tersendiri pada kejohanan itu sebagai pemain bukan indonesia pertama yang menjuarainya kali ketiga berturut-turut. 
   Chong Wei, pilihan pertama kejohanan tidak kalah walau dalam satu set, turut mencatat kemenangan mudah sebelum ini dengan menewaskan pemain tuan rumah,Tommy Sugiarto 21-16,21-8;Wong Wing Ki (Hong Kong) 21-17,21-12;Nguyen Tien Minh (Vietnam) 21-10,21-14 dan Cheng Long (China) 21-17,21-18 pada separuh akhir kelmarin. 
    Hasrat peminat badmiton dunia menyaksikan pertembungan ulangan England dengan Lin Dan, tidak menjadi kenyataan apabila musuh tradisi dari China itu ditewaskan Sho Sasaki dari Jepun 12-21,18-21 pada pusingan kedua. 
     Mengulas kemenangannya semalam,Chong Wei berkata, dia berpuas hati kerana berjaya menang mudah ke atas Gade yang dikenali istilah putus asa. 
      "Saya memang mengagumi Gade kerana dia seorang pemain yang sama sekali tidak akan mengalah walaupun jauh ditinggalkan oleh lawan.
       "Namun hari ini dia nampaknya mula kenal makna putus asa setelah jauh ketinggalan.
       "Kemenagan ini menjadi perangsang untuk saya mejelang Kejohanan Dunia Ogos depan. 
      "Dengan pretasi saya sekarang, kali ini mungkin giliran saya untuk menjuarai Kejohanan Dunia,"katanya. 

You Might Also Like

0 ulasan

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017