Malam ni Perlawanan Malaysia Vs Taiwan

June 29, 2011



jom2 malam ni kita jgnm lupa taw  tengok perlawanan bola sepak pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2011 akan berlangsung di antara Malaysia vs Taiwan. Ianya akan diadakan pada pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Perlawanan malam ini sangat penting buat Malaysia dan perlu membawa bekal yang secukupnya sebelum perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Taiwan, 3 Julai 2011 (Ahad).

Siaran secara langsung @live boleh ditonton melalui Astro Arena channel 801 mulai 8.00 malam (perbincangan).

Malaysia yang berada di ranking 143 dunia manakala Taiwan pula 160, mungkin nampak tidak menghadapi masalah untuk menang di dalam kertas dan juga bermain di tempat sendiri. Apa-apa pun, Malaysia kena bermain dengan terbaik malam ini. Antara pemain-pemain yang perlu diberi perhatian malam ini adalah Safee Sali, Safiq Rahim dan juga Aidil Zafuan.

Jika Malaysia menang nanti secara aggregate setelah habis permainan di Taiwan 3 Julai 2011 nanti,Malaysia bakal menentang Singapura yang mendapat bye pusingan pertama. Apa-apa pun kita fokus untuk perlawanan malam ini, Malaysia vs Taiwan.




You Might Also Like

0 ulasan

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017