Tahniah Kumpulan Sepah Juara MahaRajaLawak

June 25, 2011

Tahniah Kumpulan Sepah Juara MahaRajaLawak

hahhahahah masa ini baru aktif nak update entry..  ni nak ucapkan Tahniah pada Kumpulan Sepah yang menjuarai MahaRajaLawak 2011.. saya tengok mula2 masa keudara kat astro prima lps tu x tengok2 dah... taw kat youtube byk update video maharajalawak.. tu pun kalau rasa nak tengok.. tapi yang paling aku tengok JOZAN... hahhahahhha.. x sangka plk kumpulan sepah yang menang... tapi xpe la.. JOZAN tetap terbaik di hati saya.. I love U JOZan.. hahhahahahhahha.. 


Kumpulan Sepah


Kumpulan yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 dan trofi dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati di sini malam ini.

Gelaran naib juara pula menjadi milik kumpulan Jozan yang turut memberikan persembahan mencuit hati sekali gus memenangi wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi.

Meskipun disebut-sebut akan memberikan saingan hebat pada pertandingan akhir itu, namun, Nabil hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga.

Namun begitu, juara Raja Lawak musim kedua itu tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi menjadi hak miliknya.

Sementara itu, tempat keempat dimenangi kumpulan Jambu yang memenangi RM50,000 dan trofi.

Kesemua persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal itu telah diadili oleh tiga juri tetap iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek yang mewakili 50 peratus.

Selebihnya adalah menerusi undian khidmat pesanan ringkas.

Maharaja Lawak merupakan program realiti yang julung kali diterbitkan dengan menghimpunkan bekas juara dan finalis program Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima.

Lapan peserta lain yang telah tersingkir sebelum ini ialah kumpulan R2, Balas, Man, Amir, Alex, Jihan, Wai dan XN3.











You Might Also Like

0 ulasan

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME 2017