Aktress Drama Upik, Abu Dan Laura, Cinta Laura Bakal Berpindah Ke Hollywood.

August 15, 2011





Dikhabarkan, Cinta Laura atau nama sebenar gadis jelita ini, Cinta Laura Kiehl bakal berhijrah ke Amerika atas dasar kerja. Dia yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem terbarunya, The Philosopher bersama aktor dari Hollywood turut menyatakan rasa tidak sabarnya untuk menjalani kehidupannya sebagai artis di sana.
Filem ‘The Philosopher’ bakal ditayangkan pada tahun hadapan dan tidak dapat dipastikan samada akan ditayangkan di Malaysia atau tidak. Baru memenangi Anugerah Muzik Indonesia 2011 dalam kategori ‘Best Dance/Electronica Music Performance’, Cinta Laura turut menyatakan,
“Kalau boleh pilih, saya ingin berlakon di Hollywood daripada menyanyi.” katanya.
Bagi yang tidak mengenali Cinta Laura, pelakon yang berasal dari Indonesia ini telah membawakan watak Laura dalam sinetron ‘Upik, Abu Dan Laura’ yang diminati ramai peminat tegar sinetron di Malaysia. Yang menariknya, Cinta Laura yang juga seorang penyanyi, pelakon dan juga model bakal berusia 18 tahun pada 17 Ogos ini. Cinta Laura mempunyai darah campuran German dari ayahnya dan Indonesian iaitu ibunya.






sumber :KapanLagi

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017