Album Baru Super Junior, “Mr. Simple” Ungguli Carta Tower Records Di Jepun.

August 15, 2011




Album terbaru dan ke-5 kumpulan Super Junior iaitu “Mr. Simple” telah dilancarkan di Korea pada 3 Ogos dan secara pantas mengungguli carta muzik Hanteo di Korea dengan jualan album sebanyak 79,152 units dalam minggu pertama. Bermula dengan Jepun, Super Junior yang mempunyai ahli-ahli yang kacak dan bergaya akan melancarkan album mereka pada 11 buah negara di Asia.
Yang mengejutkan, album ‘Mr.Simple yang telah dilancarkan pada 8 Ogos di Tower Records Jepun ini juga berjaya mengungguli carta muzik portal Tower Records di Jepun walaupun mereka berasal dari Korea. Sambutan yang hangat peminat-peminat SuJu ini telah bermula sejak bulan Julai apabila ia mula diuar-uarkan media.




Sedikit info, Super Junior dikenali peminat sebagai SJ atau SuJu, kumpulan dari Korea Selatan yang dibentuk oleh SM Entertainment pada tahun 2005. Kumpulan ini memulakan kerjaya mereka dengan 12 ahli iaitu Leeteuk (Ketua), Heechul, Han Geng, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kibum dan kemudian menambah ahli ke-13 yang dinamakan Kyuhyun. Mereka adalah salah satu kumpulan lelaki yang paling berjaya di dunia.




You Might Also Like

0 ulasan

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017