ISTERI ESMA DANIEL SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KEEMPAT

August 11, 2011


Terlebih dahulu ekin nak ucapkan tahniah buat pelakon esma daniel  mendapat baby perempuan.. baby ni merupakan anaknya yg keempat..


Hati siapa yang tidak gembira tatkala isteri tercinta selamat melahirkan anak mereka selepas sembilan bulan menanti dengan penuh sabar.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon popular, Esma Daniel ketika isterinya Nitra selamat melahirkan cahaya mata keenamnya pada jam 1.10 tengahari tadi di Hospital KPJ Selangor.
Biarpun ini merupakan anak keempat mereka, namun perasaan berdebar dan teruja sewaktu saat menyambut kelahiran bayi seberat 2.9 kilogram itu tetap ada, dan seperti kebiasaannya, Esma tetap meluangkan masa untuk menyaksikan sendiri saat-saat penting itu.

"Alhamdulillah, rezeki datang melimpah ruah di bulan mulia ini, dan saya sangat terharu dengan pemberian tuhan ini. Yang paling penting, isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat dan selamat, dan proses kelahiran berlaku dalam keadaan normal tanpa sebarang komplikasi yang teruk.
"Ini anak saya yang keenam keseluruhannya, dan yang keempat untuk saya dan Nitra. Tanggungjawab saya semakin besar, dan saya berharap saya mampu menjadi ayah yang terbaik dan dgan sebaik yang mungkin.
"Saya dan isteri bercapat melaksanakan tanggungjawab denadang untuk meletakkan nama yang ringkas untuk bayi ini, dan cadangannya saya mahu nama Maya Sari, tetapi setakat ini kami masih belum membuat pendaftaran.
"Nitra mula dimasukkan ke hospital sejak semalam, dan saya menemaninya sejak awal biarpun sekarang ini saya sedang sibuk di lokasi penggambaran Ramadhan Terakhir. Untuk hari ini, saya minta pelepasan sebentar untuk menguruskan isteri dan anak baru ini, dan selepas ini saya akan sambung penggambaran kembali.
"Emak dan ayah saya juga sudah datang ke rumah saya untuk membantu menjaga isteri selepas bersalin ini,"jelas Esma.
Raya Sederhana

Menyambut kehadiran ahli keluarga baru dibulan yang mulia ini, Esma juga teruja menyambut hari raya bersama-sama mereka.
"Raya tahun ini kami akan beraya dikampung saya di Perak, tentang persiapan raya pula, isteri saya sudah menyediakannya sebelum tempoh bersalin lagi. Baju raya anak-anak dan keluarga sudah tersedia sejak dari awal.
"Cuma untuk tahun ini, kami mungkin akan beraya dirumah sahaja kerana isteri masih didalam pantang,"jelas Esma.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017