Wanita Ibarat Pokok Semalu

October 29, 2011

Wanita Ibarat Pokok Semalu



Wahhh macam-macam lah  wanita yang di ibarat kan... ni pulak ekin jumpa wanita ibarat Pohon Semalu pulak.. sebelum ni ekin ada share pasal WANITA IBARAT PERMATA , WANITA IBARAT RAMA-RAMAWAnita IBARAT EPAL dan WAnITA IBARAT IKAN..  ikuti la kisah wanita ibarat pokok semalu di bawah ni ya.. ^_^




Pokok Semalu sejenis tumbuhan liar yang mengecut apabila disentuh. Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu.Bagi masyarakat sebelah utara,ia lebih dikenali sebagai duri keman.





Pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica ini amat mudah dikenali Tandanya ialah apabila disentuh,ia akan mengecut.
Ia punya perkaitan dengan diri wanita:
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanyapohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. sungguh bijaksana Rasulullah s.a.w menerangkan sifat pemalu dengan mengaitkan dengan pokok semalu..subhanaAllah..

    ReplyDelete
  2. @Syuxer

    Betul tu.. saya pun baru taw.. he3.. so kongsi la dengan blogger lain gak..

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017