Bayi lelaki berusia empat jam ditemui

November 15, 2011



sekodeng2 sinar harian on9 jumpa pasal perbuangan bayi pulak.. 


mcm2 terjadi sekarang.. 






Sumber: Sinar Harian 


Tarikh : November 14, 2011



bayi 4 jam

ALOR SETAR - Bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh beberapa jam ditemui berbalut dengan tuala dalam beg di belakang bangunan Klinik Kesihatan Daerah Kota Setar di sini, semalam.



Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu, berkata, bayi yang berusia empat jam itu dijumpai oleh seorang jururawat sekitar jam 12.05 tengah hari semalam sebelum dihantar ke unit kecemasan klinik berkenaan.



Menurutnya, bayi berkenaan ditinggalkan di bawah pokok yang terletak antara kawasan tempat letak kereta dan longkang belakang wad sakit jiwa lelaki.



“Ketika dijumpai bayi yang dipercayai berbangsa Melayu berada dalam keadaan sihat dan masih mempunyai tali pusat serta terdapat sedikit kotoran pada bahagian mukanya.



“Bayi itu kini dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan susulan,” katanya kepada Sinar Harian.



Baharom berkata, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.



“Kita akan terus menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan pemilik sebenar bayi berkenaan,” katanya.





You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017