Syarat untuk bakal Isteri Johan As’ari

June 08, 2012


Johan As'ari

KUALA LUMPUR – Mana-mana gadis yang berminat perlu memiliki lesen memandu dan mempunyi bau badan yang harum sebagai syarat bagi melayakkan dirinya menjadi calon isteri kepada pelakon drama terkenal, Johan As’ari.
Selain itu, Johan atau nama sebenarnya Johan Arif As’ari mensyaratkan agar bakal isterinya juga mestilah pembersih, kaya dengan sifat-sifat keibuan, taat dan hormat kepada suami.
“Ciri-ciri itu penting kerana ia merupakan satu faktor bagi lelaki seperti saya jatuh cinta pada wanita yang akan menjadi bakal isteri saya.
“Walaupun ia kedengaran remeh, tetapi ia sangat membantu dalam mengeratkan sesebuah perhubungan dan menjadikan rumah tangga kita lebih kukuh, Insya-Allah,”, katanya baru-baru ini yang dipetik dari laman portal, Mstar.
Menurut Johan, lesen memandu sangat penting buat bakal isterinya kerana ia sangat membantu untuk menguruskan urusan keluarga dan mampu berdikari memandangkan kariernya sebagai pelakon yang sering sibuk di lokasi pergambaran.
Johan berkata, bau badan yang harum begitu memikat hatinya selain mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Untuk ‘menyejukkan’ lagi hati dan suasana rumahtangga yang bakal dibina, calon isterinya perlu memiliki ciri-ciri keibuan yang tinggi, taat dan menghormati dirinya sebagai suami.
Pelakon yang melonjakkan namanya menerusi watak ‘Botak’ drama bersiri ‘Juvana’, turut menegaskan lima kriteria yang tidak digemari dan perlu dijauhi oleh mereka-mereka yang mahu tersenarai sebagai calon isterinya.
Johan menyatakan bahawa dia sangat membenci gadis yang sudah bersuami tapi berkelakuan seolah-olah masih belum berumahtangga dan bersifat bermuka-muka serta hipokrit dalam kata-katanya.
“Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang berterus terang dan tidak hipokrit.
“Tidak usah menjadi terlalu sempurna di hadapan saya semata-mata untuk menutup kelemahan, saya percaya pasangan itu saling mencintai kerana boleh menerima kebaikan dan keburukannya,” katanya lagi.
‘Botak’ juga menjelaskan bahawa dia tidak suka kepada mana-mana gadis yang gagal mengawal kata-kata atau ‘suka cakap lepas’, sangat ‘berkira’ dan mempunyai yang fizikal lebih tinggi darinya.


Kredit: mynewshub


You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017