Abdul Jabbar Juara Imam Muda Musim Ke 3

August 04, 2012

Tak terlambat ekin nak ucapkan tahniah buat imam muda Jabbar   telah memenangi  juara imam muda musim ke 3... ekin dah jangka dia yang akan menang tahun ni.. semoga menjadi icon imam muda yang terbaik... 


Abdul Jabbar Mohammed Kahar dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda musim ketiga (IM3) selepas mengenepikan Mohamammad Hafiz Abdul Khodir pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), Bangi yang disiarkan di saluran Astro Oasis (106) semalam.
Jabbar, 28, berkata, kemenangan yang diraih sangat berbaloi selepas meninggalkan keluarga terutamanya isteri dan dua anak serta menolak tawaran kenaikan jawatan semata-mata untuk menyertai program tersebut. Kemenangan Jabbar melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 sumbangan Astro beserta sebuah trofi.



Sementara itu, Hafiz, 27, mendapat tempat kedua dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM35,000 sumbangan Astro dan RM15,000 daripada Bank Islam beserta trofi. Turut layak di peringkat akhir ialah Abdul Rahman Naufal Hatta, 21, dimana dia terkandas pada segmen kedua selepas sesi soal jawab yang menampilkan Profesor Dr Sidek Baba sebagai tetamu jemputan.
Kegagalan itu sekaligus menempatkan Naufal di tempat ketiga dan melayakkan Jabbar dan Hafiz ke pusingan tazkirah dan Syafawi Al-Quran. Naufal menerima hadiah wang sebanyak RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 (Bank Islam) beserta sebuah trofi.



You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017