Puteri Limau Animasi Terbaru Keluaran Les' Copaque Production.

October 25, 2014

 puter02

                                                          Assalamualaikum...

Hai reader2 dan  rakan-rakan cik ash yang dikasihi,... selamat pagi hari ini rasa nak update blog nak bagitaw pasal cerita Animasi Puteri Limau akan ditayang di TV3 tak lama lagi iaitu pada 23 November 2014 jam 6.00petang ..ni cik ash taw daripada adik cik ash agak terlewat update pasal ini..... patut la ternampak ada iklan aritu kat facebook... watak puteri-puteri dalam cerita itu comel jer...cik ash tertarik dengan krakter puteri  limau bali sebab fizikal chubby ala-ala cik ash lagi pulak baik hati... hihihi....perasan jer cik ash ni...  cerita Puteri Limau daripada syarikat yang sama buat cerita animasi Upin Ipin dan Pada Zaman Dahulu... Tak sabar rasanya tengok cerita ini.... . 



Puteri Lima Bersaudara


Siri Puteri menceritakan lima orang puteri yang hidup di sebuah Kerajaan Limau - Manis mempunyai suara yang merdu, Kasturi mempunyai hati seorang pahlawan, Purut yang pemalu, Bali seorang yang penyayang and Nipis si budak nakal bersama kucingnya bernama Jebat. Masing-masing dari lima beradik mempunyai kemampuan yang luar biasa yang apabila digabungkan, mampu menjaga keamanan dan keharmonian dalam kerajaan dengan mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik, dan sihir gelap.

              Puteri Limau Manis – puteri yang mempunyai keindahan suara lunak merdu


                                         Puteri Limau Kasturi – puteri berjiwa pahlawan

Puteri Limau Purut – puteri yang sangat pemalu
Puteri Limau Bali – puteri yang baik hati 

Puteri Limau Nipis – puteri yang nakal dengan kucing kesayangannya Jebat


       Lagu Tema Puteri Limau ni dinyanyikan oleh  Adreena di treaser Youtube...


Apa info berkaitan cerita Animasi Puteri Limau boleh berkunjung ke Facebook Puteri Limau Official klik gambar kat bawah ini nak ke Facebook Official ya...  Credit To Facebook Puteri Limau Official... 


Update terkini cerita puteri limau bakal ditayangkan pada 20 November 2014... 9mlm...

 

You Might Also Like

8 ulasan

  1. hehehe suke katoonn..
    kene tgk nanti nie

    ReplyDelete
  2. @hidayu ayumie

    tengok2... hihihi... ekin pun minat kartun... abg lagi la minat kartun... hahhahahah

    ReplyDelete
  3. suka2.. hihi.. nak kena tgk jugak nie.. puteri2 yg kiut.. >.<

    ReplyDelete
  4. Post yang menarik...Jemput singgah blog saya Faceblogisra & video parody Animasi Puteri di Youtube..http://faceblogisra.blogspot.com/2014/10/puteri-animasi-terbaru-keluaran-les.html

    ReplyDelete
  5. Post yang menarik, jemput singgah blog saya faceblogisra dan boleh tengok video parody animasi puteri di youtube...

    ReplyDelete
  6. Akak dari mula2 keluar excited nak tengok, tapi asyik lupa nak cari.

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017