Mencintaimu Mr Photographer lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha

July 08, 2017

Mencintaimu Mr Photographer Lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha


mencintaimu Mr Photographer

Assalamualaikum... 
Hai korang semua ni ada drama yang cik ash nak share best la jugak tengok episode 1 aritu.. boleh la masuk list drama yang cik ash nak tengok. hihihihihi.. 

Tambah pulak pelakon lelaki cik ash minat la jugak tengok dia berlakon sejak tengok lakonan beliau dalam Tanah Kubur dulu-dulu, Manakala pelakon perempuan ni cik ash tak beberapa kenal sangat mungkin pelakon baru yang nak diperkenalkan pihak pengarah drama ini.. 

Drama Mencintaimu Mr Photograher ini merupakan terbitan MIG Production Sdn. Bhd, drama ini juga merupakan adapitasi dari novel karya Emma Mariam dan diarahkan oleh Eyra Rahman. Mula dah ditayangkan pada 3 Julai aritu di astro ria dan HD yang mengantikan drama Hero Seorang Cinderella aritu.. 

Kata jer main dekat tv astro ria cik ash tak tengok mana tv tengok online jer guna kat laptop ni kalau terlebih rajin nanti layan kat android Hyyptv tu buka dekat Kodi macam-macam cerita boleh nak tengok apa-apa cerita pun janji ada internet.

Eh hampir terlupa cik ash nak kongsikan sinopsis drama ini dekat korang semua, jom baca sinopsis dekat bawah ini :- 

Sinopsis Mencintaimu Mr Photograher 

Aku dan jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu?Hanya satu klik pada lense kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat. 
"Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?' - Jemy 

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal! 
"Saya nak kerja sini" - Aira 

Kerana impian untuk bergelar seorang model, aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun,tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta.Orang lain tak kenal maka tak cinta,Jemy dan Aira pula dan gaduh-gaduh baru nak kenal cinta. 

"Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku" 
Di situ la bermulanya detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model. 

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjanya sebagai model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photograher turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata. 

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanas bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghunjung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbit di hujung bibir. Namu tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetian, yang mana satu pilihan mereka?

Itu saja sinopsis drama Mencintaimu Mr Photograher ini cik ash kongsikan dengan korang semua, selamat membaca sinopsis dan layan drama ini hihihihi.. 

You Might Also Like

1 ulasan





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017