Tuesday, January 6, 2026

author photo

 Selamat Tahun Baru 2026

 Assalamualaikum...Selamat Pagi semua, masih tidak terlambat nak ucap selamat tahun baru 2026 buat rakan pembaca blog Cik Ash. Last post entri dekat blog bulan dec aritu tu pun 1 entri jer. Untuk permulaan bulan Januari 2026 ni mungkin Cik Ash akan sibuk dengan urusan suami Cik Ash, bermula teman suami untuk temujanji pakar pasal penyakit dia.  

 

Kisah tahun 2025 yang banyak mengajar Cik Ash bersabar dan kuat dalam menempuhi ujian yang Allah uji setiap yang terjadi. Kisah ni bermula Pada hari raya puasa 2025 Cik Ash kehilangan  PULANGNYA AYAHANDA KE RAHMATULLAH.  Di awal bulan Dec pada 3 December 2025 suami Cik Ash pulak masuk hospital di sebabkan penyakit lama dia iaitu batu karang semakin teruk. Masa tu memang risau bila tengok keadaan suami macam tu, Cik Ash tak kuat nak harungi sorang dekat wad kecemasan. Banyak diamkan diri jer masa tu, ada jer bagitahu orang ii terdekat untuk bercerita untuk hilangkan rasa takut ni. Semoga suami Cik Ash diberikan kesihatan yang baik dah pulih sepenuhnya.  Keluarga Cik Ash diuji pulak di akhir bulan decmber pada 28 hbln aritu kami semua kehilangan nenek di usia 92 tahun.  Itu jer kisah untuk tahun 2025 yang sakit kami lalui. 

 

Semoga di tahun 2026 ni  diberikan kesihatan yang baik buat Cik Ash, Suami, Maa, Mok Mentua, dan semua keluarga Cik Ash. Semoga setiap langkah di tahun baharu ni berada dalam rahmat dilindunginya. Semoga di tahun baharu juga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi ujian yang ada. Semoga apa yang tertangguh sebelum ni dipermudahkannya. 


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu, Kalau ada kelapangan nanti Cik ash coret-coret lagi kat sini.

This post have 5 komentar

avatar
Suria Amanda delete January 6, 2026 at 9:07 AM

Selamat Tahun Baru Cik Ash...semoga 2026 menjanjikan yang manis2 untuk kita semua ye...

Reply
avatar
Shikin Razali delete January 7, 2026 at 12:40 AM

Selamat tahun baru Cik Ash, semoga di tahun nie awak akan terus tabah dalam menghadapi segala cabaran kehidupan..

Reply
avatar
Ana Jingga delete January 7, 2026 at 12:02 PM

selamat tahun baru 2026 Ekin :)

Reply
avatar
Shahada Fauzi delete January 13, 2026 at 11:11 AM

selamat tahun baru kin..moga yang manis2 je buat kin tahun ni..

Reply
avatar
Sii Nurul delete January 20, 2026 at 5:53 PM

Al-Fatihah untuk ayahanda dan nenek, semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat Allah 🤲
Doa juga buat suami Cik Ash, semoga cepat sembuh dan kembali sihat sepenuhnya.
Tahun 2025 memang banyak ujian, tapi Cik Ash tabah hadapinya, insyaAllah tahun 2026 membawa kekuatan dan rahmat yang lebih.
Semoga semua ahli keluarga sihat, dilindungi dan dipermudahkan urusan.
Stay strong Cik Ash 💛

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post