Resepi Makaroni Goreng Simple

January 21, 2017

Resepi Makaroni Goreng Simple | Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya...

Hari rabu ni ekin teringin sangat nak makan makaroni goreng.. buat goreng simple saja tak guna sos progo pun.. buat macam nak goreng bihun jer sedap gak.. makan makaroni pun kenyang.. sampai tengahari pun ekin makan lagi.. hihihihihi.. alhamdulilah ekin buat makaroni mak mentua dan suami makan...

Jom usha resepi yang ekin buat Makaroni Goreng Simple ni dekat bawah

Resepi Makaroni Goreng Simple 

Bahan-Bahan :- 
Makaroni
Daging *
ikan bilis *
bawang besar honland *
bawang putih *
minyak untuk menumis
lada kering (blender halus)
sos cili
sos tomato
daun oregano
garam secukup rasa
serbuk pati sedap
(yang bertanda * perlu ditumbuk halus2)

Cara membuatnya :-
1. Basuh makaroni lepas tu rebus sampai kembang.. toskan air.
2. Panaskan minyak dam tumiskan bahan yang di tumbuk hingga garing,
3. Masukkan lada kering tumis hingga pecah minyak.
4. Lepas tu masukkan sos cili, sos tomato daun oregano gaulkan hingga sebati.
5. Suaikan rasa dengan garam,pati sedap..
6. Siap boleh dimakan.. hihihihihi..

Itu saja cara resepi ekin buat Makaroni Goreng Simple.. kenyang perut makan benda ni.. hihihihihi...



You Might Also Like

4 ulasan

  1. wow... simple but nice.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. memang sedap dimakan dgn prego, goreng atau buat sup

    ReplyDelete
  3. memang sedap dimakan dgn prego, goreng atau buat sup

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME APRIL 2017