
Assalamualaikum...selamat pagi semua, semoga dipermudahkan urusan korang hari ni. Apa aktiviti korang hari minggu ni, Cik Ash tak de buat apa-apa pun minggu suami Cik Ash kerja pagi seperti biasa bangun pukul 5 pagi untuk siapkan menu sarapan untuk dia dan mok mentua makan.
Masak menu sarapan pagi telur mata kicap jer,menu kegemaran suami paling senang suami nak makan, lepas tu ada lebihan solok lada yang Cik Ash semalam. Suami Cik Ash menu apa masak pagi pun dia tak kisah dia makan jer.
Bila dah siap masak ambil masa pergi tengok kucing Cik Ash yang sakit tu , memang rutin Cik Ash sibuk duk pantau kucing kat rumah, pejam celik pejam celik dah 10 bulan dia tanggung sakit buah pingang, memang akan problem semua sistem dalaman bila usia kucing dah tua sangat. Usia kucing Cik Ash 17 tahun kalau umur manusia bersamaan 82 tahun memang dah warga emas..
Sambil-sambil tunggu nak suap Kecik makan ni ambil kesempatan menulis dekat blog ni, selitkan sedikt kisahnya dekat blog boleh simpan kenangan nanti ada masa free boleh kita semula. Ok la tu jer nak ucapan selamat pagi.
Post a Comment
ash.rie8506@gmail.com