Saturday, June 11, 2011

Novel Ombak Rindu Akan Di FilemKan



Assalamualaikum..... 

 Masa ni baru ada ideal nak tulis apa kat blog ni.. ekin baru teringat pasal satu novel yang memang popular la sangat ni..  Dulu2 masa sekolah, novel asyik pinjam di pustaka jer.. so sekarang saya dah berkerja leh membeli novel dan kumpul koleksi novel-novel yang best di baca jalan citenya. Sampai melambak2 koleksi kat umah. 

dah banyak novel yang telah di dramakan n di filemkan ya... kalau yang saya ingat yang di dramakan dan difilemkan seperti Lagenda Budak Setan yang berjaya mencecah box office.  sekarang tengah femes cite NORA ELENA TV3 kesinambungan novel Kasih Yang Suci pulak.. Cite Nora Elena memang mendapat sambutan yang sunggu luar jangkaa. di facebook siap ada fan pages bermacam-macam ragam.. 


So, kita baru ja tahu yang NOVEL OMBAK RINDU akan di filemkan. Novel ni adalah novel yang paling kita suka. Baca pun sampai berkali-kali. Padahal dah tahu pun jalan citer nyer.X bosan tau,tetap touching2 hokey. Sini sikit sinopsis OMBAK RINDU.


Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.


Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.



Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Hope bila di Filem kan, citer nyer akan best macam novel.


Senarai pelakon :

Izzah : Maya Karin


Hariz : Aaron Aziz


Mila : Lisa Surihani

Sufiah : Umie Aida

Filem Ombak Rindu

Boleh ke Maya Karin bawak watak Izzah eh. Sesama lah kita saksikan nanti bila muncul di pawagam. Sini sedikit picca dari Filem OMBAK RINDU

Maya ( Izzah) & Aaron ( Hariz)








Pernikahan Hariz dan Izzah



Bila dah kuar nanti, kita g tengok ramai2 yer. macam ner plk cite kesinabungan ombak rindu.. adakah watak hariz akan popular macam seth tan dalam nora elena....

Ok, babai.




Next article Next Post
Previous article Previous Post