Fear Factor Selebriti Malaysia

December 08, 2012



Selamat berhujung minggu di hari sabtu ni... 

Ikin ada nak share pasal Fear Factor Selebriti Malayasia.

Astro Ria bakal menyajikan penonton dirumah dengan sebuah program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia. Program yang diadaptasi dari program popular antarabangsa ini diberi nafas baru bersesuaian dengan budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. 

Fear Factor sebanyak 13 episod ini akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 29 Disember 2012 di saluran 104 Astro Ria. Dihoskan sepenuhnya oleh pelakon popular, Aaron Aziz, Fear Factor Selebriti Malaysia menampilkan 30 selebriti popular tanah air yang dibahagikan kepada 15 kumpulan yang terdiri daripada 2 peserta bagi setiap kumpulan.

Berikut di antara barisan-barisan pelakon yang akan bertanding dalam program ni Ezlynn & Nik Michael, Roslan Shah & Azam Pitt, Dazrin Kamarudin & Hairul Azreen, Hafizul (ON AIR) & Hefny (ON AIR), Zaween Anwar(Hero Remaja) & Iz (OIAM), Arthur Tan & Celina Khor, Mejar Dr Faiz & Jehan Miskin, Azri (AF) & Atu (Raja Lawak), Didie Alias & Norisham Ismail, Akim Ahmad & Farish Aziz, Kaka Ashraff & Johan Ashaari, Arja Lee & Alam (Wakaka Crew), Dafi Ismail & Zoey Rahman, Elfira Loy & Ajak (Shiro Raja Lawak) dan Gambit Saifullah & Aliff Hadi.

Pengambaran program telah dilakukan sepenuhnya di Cape Town, Afrika Selatan. Peserta diuji dari aspek ketahanan dan keberanian beraksi secara lasak selain ketahanan mental dan fizikal bagi memastikan peserta benar benar layak memegang gelaran juara. Ini memperlihatkan kesungguhan selebriti selebriti ini beraksi lasak yang tidak pernah kita lihat ataupun mereka sendiri lakukan sebelum ini.

Bakal Pemenang Utama akan memenangi wang tunai sebanyak RM200,000. Pemenang cabaran mingguan turut membawa ganjaran wang tunai RM10,000.




You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017