Zero Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2014

February 07, 2015

Zero Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2014 | Assalamualaikum.... Hai...Selamat Pagi.... masih tak terlambat ekin nak ucap sekalung Tahniah Buat Kumpulan Zero Kerana Menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014. Kumpulan Zero memang patut memenangi pertandingan malam tadi... persembahan zero menyentuh hati bila part nyanyian Ayah tu.... satu rakyat malaysia menangis... termasuk orang sebelah kita semalam dia kata sebab gelak banyak tu keluar air mata... Al-fatihah buat ayah mentuaku.... 2 tahun dah permergiannya...

Kumpulan Zero membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh Jep dan Shuib. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Jep Sepahtu pula memenangi kategori Man of the Match.

Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala Bocey berada di tempat kelima. Bocey mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal. Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.
Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn. 


You Might Also Like

15 ulasan

  1. Best kan kumpulan Zero.semalam.kak? Berdekah saya ketawa tengok.persembahan diaorang.

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat semua peserta MLM 2014 ;)

    ReplyDelete
  3. lumayan betul hadiah . pandai diaorang amek hati penonton . huhuu

    ReplyDelete
  4. Akak pun suka Zero. Bagi akak mereka tak ambil mudah utk setiap task. Jenis rajin buat homework & research. Cuma lawaknya antara jadi dengan tidaklah. Ada sesetengah tu suka take granted,..atas pentas baru fikir nak buat lawak apa.

    ReplyDelete
  5. memang hadiahnyaaa pergh !! melati boleh kawen grand hakhak.. rezeki orang kan.. mmg takbleh jangka Allah nak kasi..

    tapi sedih la..SHIRO / BOCEY patutnye no 3 la.. aigoo..

    ReplyDelete
  6. Dah agak dah.
    Sebab persembahan mingguan nampak best jugak.

    ReplyDelete
  7. btl kak
    mmg layak zero dpt juara
    dari minggu ke minggu mmg persembahan dorang xmengecewakan
    walaupon ade mgu yang biase2 je
    tahnia jugak buat dorg

    ReplyDelete
  8. @Farrah MFtu la kak farah... ikin pun duk sini baru layan MML ni.... mak mentua n suka tengok... mak mentua lagi minat.. channel tu tengok berulang2 pun xpe... hihih

    ReplyDelete
  9. @CT Humairahtak sabar nak tengok melati kahwin.. mesti bakal wife dia lawa ni

    ReplyDelete
  10. @Nurashikin ZA a.k.a NAZECK dah agak dari awal lagi niat mereka suci nak menang sebab apa... :)

    ReplyDelete
  11. @hidayu ayumie ha ah ayu betul tu abang akak pun cakap macam... otai2 MML kurang dah buat lawak...zero pun banyak perbezaan pada tahun 2013...

    ReplyDelete
  12. nabil gak every year untung.
    sorang2 bolot ratusan ribu :)

    ReplyDelete
  13. @adianiez AIDAha ah kan... x masuk dah tahun ni... hahahhah

    ReplyDelete
  14. teringat performance zero masa semifinal&final. best :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017