Saturday, February 7, 2015

author photo
Zero Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2014 | Assalamualaikum.... Hai...Selamat Pagi.... masih tak terlambat ekin nak ucap sekalung Tahniah Buat Kumpulan Zero Kerana Menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014. Kumpulan Zero memang patut memenangi pertandingan malam tadi... persembahan zero menyentuh hati bila part nyanyian Ayah tu.... satu rakyat malaysia menangis... termasuk orang sebelah kita semalam dia kata sebab gelak banyak tu keluar air mata... Al-fatihah buat ayah mentuaku.... 2 tahun dah permergiannya...


zero juara MLM2014



Kumpulan Zero membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh Jep dan Shuib. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Jep Sepahtu pula memenangi kategori Man of the Match.

Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala Bocey berada di tempat kelima. Bocey mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal. Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.
Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn. 

This post have 15 komentar

avatar
Nurhaziq Abdul Hafiz delete February 7, 2015 at 9:19 AM

Best kan kumpulan Zero.semalam.kak? Berdekah saya ketawa tengok.persembahan diaorang.

Reply
avatar
Cik Rose delete February 7, 2015 at 12:37 PM

Tahniah buat semua peserta MLM 2014 ;)

Reply
avatar
SukaSedap MY delete February 7, 2015 at 4:39 PM

lumayan betul hadiah . pandai diaorang amek hati penonton . huhuu

Reply
avatar
Farrah MF delete February 7, 2015 at 8:03 PM

Akak pun suka Zero. Bagi akak mereka tak ambil mudah utk setiap task. Jenis rajin buat homework & research. Cuma lawaknya antara jadi dengan tidaklah. Ada sesetengah tu suka take granted,..atas pentas baru fikir nak buat lawak apa.

Reply
avatar
Anonymous delete February 8, 2015 at 4:52 PM

memang hadiahnyaaa pergh !! melati boleh kawen grand hakhak.. rezeki orang kan.. mmg takbleh jangka Allah nak kasi..

tapi sedih la..SHIRO / BOCEY patutnye no 3 la.. aigoo..

Reply
avatar
drshikinzainal @ ekin delete February 8, 2015 at 11:26 PM

Dah agak dah.
Sebab persembahan mingguan nampak best jugak.

Reply
avatar
Unknown delete February 9, 2015 at 1:17 PM

btl kak
mmg layak zero dpt juara
dari minggu ke minggu mmg persembahan dorang xmengecewakan
walaupon ade mgu yang biase2 je
tahnia jugak buat dorg

Reply
avatar
Cik Ash delete February 9, 2015 at 2:29 PM

@Farrah MFtu la kak farah... ikin pun duk sini baru layan MML ni.... mak mentua n suka tengok... mak mentua lagi minat.. channel tu tengok berulang2 pun xpe... hihih

Reply
avatar
Cik Ash delete February 9, 2015 at 2:29 PM

@CT Humairahtak sabar nak tengok melati kahwin.. mesti bakal wife dia lawa ni

Reply
avatar
Cik Ash delete February 9, 2015 at 2:30 PM

@Nurashikin ZA a.k.a NAZECK dah agak dari awal lagi niat mereka suci nak menang sebab apa... :)

Reply
avatar
Cik Ash delete February 9, 2015 at 2:31 PM

@hidayu ayumie ha ah ayu betul tu abang akak pun cakap macam... otai2 MML kurang dah buat lawak...zero pun banyak perbezaan pada tahun 2013...

Reply
avatar
adianiez AIDA delete February 10, 2015 at 11:49 PM

nabil gak every year untung.
sorang2 bolot ratusan ribu :)

Reply
avatar
Cik Ash delete February 11, 2015 at 4:38 PM

@adianiez AIDAha ah kan... x masuk dah tahun ni... hahahhah

Reply
avatar
Sayidah Napisah delete February 17, 2015 at 4:16 PM

teringat performance zero masa semifinal&final. best :)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post