Drama Assalamualaikum Cinta Astro Ria

May 30, 2016

Drama Assalamualaikum Cinta Astro Ria


Hai korang semua, drama Dia Semanis Honey akhirnya tamat juga kan ending akhir drama boleh diterima akhirnya bersama. sory ekin tak layan di awal-awal episode akhir baru nak tengok hahahahaha.... Drama yang akan mengantikkan dia semanis honey ialah Drama Assalamualaikum Cinta juga adapitasi dari novel daripada karya Zura Asyfar. 


Drama Assalamualaikum Cinta akan menemui anda pada bulan ramadhan nanti di saluran astro Maya HD dan astro ria, drama ini mengandingkan pelakon yang popular mencipta nama iaitu Saharul Ridzuan, Kamal Adli, Emma Maebong dan Ayda Jebat tak lupa watak pembantu drama ini Ku Faridah,Wan Raja, Zalfa Zin, dan Ieka Simone. 

Drama Assalamulaikum Cinta ini merupakan terbitan oleh Dark Wave Picture dan diarahkan oleh Michacl Ang sebanyak 20 episode. 


pelakon drama assalamualaikum cinta
Sinopsis Drama Assalamulaikum Cinta 
Drama ini mengisahkan pertaruhan antara Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.
Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat Ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.
Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.
“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau… Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” – Emma Harlini
“Aku pelik… Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” – Azrif Iqbal
Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.
“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” – Rykal Safuan
“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf… Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro… Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” – Nia Sakinah


Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.
Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.
“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” – Emma Harlini
“Nasib baik negara ni ada undang-undang… Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana… Mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” – Nia Sakinah
Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.
Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?

Ok la so nantikan drama ini di kaca tv anda ya... ekin perasan la Michacl Ang ni mesti akan Ayda Jebat berlakon drama terbitan nya... mungkin MG perminat setia Ayda jebat kut.. 

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Replies
    1. memang best ekin xmau layan nanti ralik tengok tv hahahahhahaha

      Delete
  2. tgk preview cam best.. tapi sha xde astro 104.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin ada astro pun alatan sha xsempat

      Delete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017