Drama Suamiku Paling Sweet Slot Akasia TV3

June 09, 2016

Drama Suamiku Paling Sweet Slot Akasia TV3 | Assalamualaikum.. Hai korang semua..


ekin nak bagitaw  ada lagi drama yang akan ke udara di TV3 iaitu Drama Suamiku Paling Sweet dalam slot Akasia TV3 akan bermula 13 Februari 2017. Merupakan drama terbitan Primeworks Studios diarahkan oleh Zul Huzaimy. 


aksikan  drama terbaru adaptasi novel Suamiku Paling Sweet‬ karya Anjell di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Syafiq Kyle, Mawar Rashid dan Nik Adam Mika sebagai teraju utama. Drama terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Zul Huzaimy.

SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET

“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama,
Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS 
Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan.
Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.
Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya
pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. “Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ
“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA
“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ
Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz.
Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya.Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia
yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan.Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.




You Might Also Like

4 ulasan

  1. alahaiii sweet sgt ke tu..hihih ok ok nti nt tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtaw lah boleh tengok ke tak hahahahahaha sibuk nak berbuka kaknya

      Delete
  2. Menariklah drama nie.. Cam nak cari novel dia jer..

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017