Resepi Kuih Cara Potato Fritters

June 16, 2016

Resepi Kuih Cara Potato Fritters


Hai korang semua, apa khabar maaf agak lewat ekin share resepi ni.. kesihatan ekin belum baik sepenuhnya masa nak mengadap blog agak kurang sikit bila rasa kuat sikit ni yang tulis buat entri autopost.. ujian Allah bagi bulan puasa diri tak berapa nak sihat batuk tak berhenti.. tekak ni rasa gatal sangat tu yang batuk.. nak kata tak minum air masak or suam dah terlebih minum masa berbuka dan bersahur. 


Biarpun kesihatan kurang baik kuatkan kaki dan tangan untuk buat Potato Fritters guna kuih cara hahahahahaha... ni kira resepi baru ekin cuba sebab itu nama diberi Resepi Kuih Cara Potato Fritters.. Jom usha resepi yang ekin nak kongsikan buat korang semua:- 

Resepi Kuih Cara Potato Fritters 
 Bahan-Bahan
1 batang carrot *
3 biji ubi kentang* 
(*disagat halus-halus)
1 biji Bawang Honland *
1 biji Bawang besar *
(*dihiris nipis-nipis)
Sedikit serbuk kunyit 
sedikit black paper hancur 
sedikit lada sulah
sedikit serbuk cili 
1 biji telur  
2 cawang tepung gandum 
3 sudu makan tepung beras 
setengn cawan air 

cara membuatnya :-
1. Campurkan kesemuan barang kacau bagi sebati semuanya. adunan tu cair mcm buat kuih cara gak hihihihihi..
2.Panaskan acuan Kuih cara masuk adunan ni kedalam acuan masak bagi kekuningan.. 
3. Apabila dah nampak kuning boleh la di angkat kan di toskan minyak atas paper ataupun tisu dapur tu. 
4. Siap boleh dihidang dengan sos dan mayonis . 



Ok la itu saja resepi yang ekin nak kalau korang nak cuba resepi ubi kentang yang lain boleh tengok sini Resepi Ubi Kentang Goreng Homemade


 photo signature_4.gif

You Might Also Like

10 ulasan

  1. Dah save in pocket. Hehe. Tq for the recipe!

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Mengancam.. boleh cuba nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kena letak minyak taw takut lekat

      Delete
  3. wah sangat kreatif cik ash ni..ada2 saje resipi baru..hhihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi tu la bulan puasa ni ada saja resepi baru mari

      Delete
  4. Wah, tadi kurma ni..potato plak...hehehe..sedapnye tgk..

    ReplyDelete
  5. Kak an pun dah lama simpan resepi ni. Ntah tahun bila nak jadinya 😂😂

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017