Resepi Murtabak Mini

June 27, 2016

Resepi Murtabak Mini


       Hai, sebelum ni ekin ada cuba murtabak mini tak ingat bila buat tu hihihihi entri tersimpan dalam draf biasa nak menulis tu ikut mood kan hahahahaha... murtabak mini hasil dari kulit popia tu... ni merupakan percubaan ekin yang pertama buat murtabak mini.. 

Ekin main guna barang yang ada kat dapur tu sedap gak dah macam kat kedai jual taw hahahahhaha.. suami ekin cakap.. ok la jom usha resepi murtabak mini yang ekin buat ini... 

Resepi Murtabak Mini 
Oleh : Cik Ash 

Bahan-bahan:-
Kulit Popia ( 25 keping ekin buat) 
2 biji bawang putih ( ditumbuk) 
1 labu bawang besar Honland (di mayang) 
Sedikit ayam 
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji carrot (dipotong dadu)
2 sudu rempah kari daging 
2 biji telur 


Cara-cara membuatnya :- 
1. Tumis bawang putih hingga naik baunya. 

2. Masukkan rempah kari dan tunggu sehingga garing. 

3. Masukkan sedikit air dan masukkan ayam cincang , biarkan ayam tu masak seketika. 

4. Masukkan ubi kentang dan carrot tambah sedikit air lagi. Tunggu sehingga kentang dan carrot empuk barulah dimatikan api. Masukkan garam secukup rasa. 

5. Kaup sedikit inti yang dimasak ke dalam bekas berasingan . Jika ada lebih boleh simpan dan boleh di buat kemudian. 

6. Masukkan bawang besar yang telah dimayangkan ke dalam inti.

7. Kemudian pecahkan telur ke dalam inti dan kacau 

8. Sediakan kulit popia dan masukkan sesudu inti yang telah dibancuh dengan telur tadi.. Panakan sedikit minyak di atas pemanggang ajaib. 

9. Lipat empat segi dan kemaskan dengan air tepung gandum supaya tak terbuka. 

10. Masak dengan api perlahan ke sederhana saja supaya telur dalam inti masak elok. 

11. Bila dah nampak kekuningan coklat kulit popia tu bolehlah dibalikkan. Apabila masak kedua-dua belah terus angkat dan toskan minyak dia. 

12. Ekin tak pembuat pencicah pun makan begitu saja hihihihi... 

Ok la itu saja resepi Murtabak Mini yang ekin nak share dengan korang semua.. selamat mencuba resepi ni 


 photo signature_4.gif

You Might Also Like

17 ulasan

  1. simple dan mudah resepinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi ekin buat hihihihihi buat bahan yg ada jah

      Delete
  2. selamat pagi..jalan2 sini ambil mood raya.. ^_^

    ReplyDelete
  3. boleh try jap g ni...tp kne cri kulit popia dlu..
    smlm cri kt tesco abieh! hehe

    ReplyDelete
  4. sedappp suka mrtbak, bleh try wat nii hehe

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Besar la buat sendiri hihihihihi

      Delete
  6. mudahnya nak buat.. selalu guna maggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maggi tak pernah cuba lagi nanti boleh try

      Delete
  7. Replies
    1. Ekin rajin bila teringin nak makan Hahahahaha

      Delete
  8. yang ni pun nak try jugak sis.. terliur habis tengok

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017