Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Bahagian Utara Di Alor Setar, Kedah

September 08, 2016

Cabaran Raja Kuah Knor 2016 Bahagian Utara Di Alor Setar, Kedah

Cabaran Raja Kuah Knorrre 2016 Bahagian Utara Di Alor Setar, Kedah | Assalamualaikum...Hai korang semua ekin harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 

Pada 3 September 2016, Unilever menganjurkan satu pertandingan memasak Cabaran Raja Kuah Knor 2016 Bahagian Utara  di Concourse AEON BIG Alor Setar, Kedah, Peserta pertandingan ini akan memenangi hadiah wang berjumlah RM144,00 yang akan menanti pemenangnya pada peserta di 4 peringkat kawasan di Malaysia dengan cabaran terakhir untuk menangi gelaran Raja Kuah Knorr. 



Pertandingan ini diadakan buat pertama kali dijangka dapat memberi perhargaan untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Hidangan kuah merangkumi sehingga 70% daripada hidangan oleh pengendali makanan Melayu, terutamanya masakan kari, kicap dan lemak. Kini munculnya satu trend penggunaan stok ayam yang merangsangkan citarasa berlainan dan Unilever Food Solutions mengakui segala usaha meningkatkan kesedapan masakan berkuah dengan penggunaan Stok Ayam Knorr. Untuk tahun 2016, Cabaran Raja Kuah Knorr mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia serta menghargai pengendali makanan berkreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah,kari, kicap dan lemak. 


Juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 

Untuk Cabaran ini, para juri terdiri daripada  Chef Selebriti Mohd Johari Edris (Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger Utara (founder projekbloggerutara) Nor Ariffin Hamzah (lebih dikenali sebagai Cikpinz @CP) akan mengadili cabaran bagi menentukan pemenang-pemenang terbaik di kawasan Utara mengikut kriteria kebersihan, persembahan dan citarasa.  

Senarai Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2016

Pemenang utama dari setiap peringkat kawasan akan menghadapi cabaran peringkat akhir di Lembah Klang pada 27 Nov 2016 di mana pemenang Raja Kuah Knorr akan membawa pulang wang tunai hadiah sebanyak RM15,000 dengan pakej Umrah Eksklusif untuk 2 orang. Penaja lain termasuk jenama peralatan dapur komersial Butterfly beserta jenama Santan dan Kicap Harmuni turut menjayakan Cabaran Raja Kuah Knorr ini.

Pemenang-pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr Bahagian Utara 


Winner Cabaran Raja Kuah Knorr  Daging Purba Kuah Karipoley Knorr
1st Runner Up  Masak Lemak Udang & Cendawan Sisir Knorr 
2nd Place  Kari Rusuk Lembu Istimewa Ala Knorr Bersama Rias Batang Pisang

Antara Team Projek Blogger Utara  yang terlibat pada hari majlis Cabaran Raja Kuah Knorr ialah blogger Kak Sha , Kak Eyda dan blogger jemputan  Syakira dan Zarul Farhana




 Terima kasih kepada pihak UFS (Unilever Food Solutions) kerana di atas jemputan ini. 





You Might Also Like

20 ulasan

  1. tahniah kepada para pemenang.. mereka memang layak memang sebab masakan yang dihasilkan memang sedap..

    ReplyDelete
  2. tahniah Carta Pengkomen Tegar Ogos 2016

    ReplyDelete
  3. kari rusuk lembu nampak lebih sedap kot.

    salam singgah dari blog diari dandelion. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekin nak cakap pun ekin tak merasa hihihi

      Delete
  4. dpt rasa masakan depa tu yg best hihi

    ReplyDelete
  5. banggalah tgk founder kita tu kan
    blogger terkenal kut
    fuhhhhh lap peluh keti hahaha

    ReplyDelete
  6. tahniah bt pemenang.. rajin depa turun AS

    ReplyDelete
  7. tu diaa. masakan macam professional . patutlah boleh

    btw salam kenal ye. kita follower baru awak :D

    ReplyDelete
  8. MAsa lemak Dengan Cendawan kukur tu nampak menyelerakan..
    Warghh!! Lapar lak..

    ReplyDelete
  9. nape Ekin x bergambar ngan chef Joe tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekin x p la masa ni... hanya promo n tulis saja :)

      Delete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017