Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia Tv

September 20, 2016


Hasil carian imej untuk Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia Tv

Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia Tv |Assalamualaikum hai korang ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.

Ni ekin ada nak share lagi novel yang akan diadapitasi ke drama pulak.. so sekarang banyak drama ni semua dari novel kan.. ok yang terbaru drama akan ke udara di TV3 tak lama lagi iaitu Drama 7 Hari Mencintaiku Di Slot Akasia bila jangka ditayangkan mungkin dalam bulan November 2016 tak silap ekin nanti apa-apa perkembangan pasal drama ini ekin update semula. 

Drama 7 Hari Mencintaiku merupakan karya tulisan novelis Siti Romizah yang akan mengandingkan lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai pelakon utama. Drama bersiri 28 episode ini diarahkan oleh sentuhan sutradara yang terkenal iaitu Jamal Khan di bawah penerbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Turut membantu dalam drama ini ialah Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Zarynn Min dan ramai lagi. 


Sinopsis drama 7 Hari Mencintaiku, 

Drama ini mengisahkan Khuzairi lakonan Shukri Yahaya yang dalam diam mencintai seorang gadis bernama Mia Adriana lakonan Siti Saleha. Cinta pandang pertamanya menjadikan dia seorang perindu yang setia.

Namun kerana sifat angkuh dan sombong gadis itu menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis.

Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati.

Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku?

Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?

Lakonan Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Zarynn Min dan ramai lagi. Terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd, diarahkan Jamal Khan.

Saksikan nanti drama 7 Hari Mencintaiku adaptasi dari novel asal karya Siti Rosmizah pada bulan November nanti di slot Akasia TV3, saluran 103.

Jom kita baca novel dia... mujur ada koleksinya...






You Might Also Like

9 ulasan

  1. khuzairie nama adik lelaki akak..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Aduhhh.. Dah lama tak on tv... busy manjang... ha ha ha

    ReplyDelete
  3. Alahai.. novelnya pun x baca lagi..
    Udah keluar drama ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakal keluar drama... ekin nak baca semula hahahhaha...

      Delete
  4. nov? try tgk dulu nanti best ke tidak

    ReplyDelete
  5. Best.memang best.dpt tgk hari rabu je..tu pun dah feeling.Senyum sorang2

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017