Dapat Juga Merasa Aiskrim Pulut

September 25, 2017

Dapat Juga Merasa Aiskrim Pulut | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. 


Happy sangat balik kelantan aritu dapat juga cik ash merasa makan Aiskrim Pulut yang telah lama cik ash mengidam sebab lama dah tak makan hahahahha, mengidam jer pun tak mengandung pun, kejadian dapat makan aiskrim pulut pada hari raya haji yang ketiga cik ash pergi jalan-jalan dekat pasar siti khadijah ternampak ada pakcik jual aiskrim tu cepat-cepat bagitaw kat encik suami nanok aiskrim tu hahahaha.. 

Suami dan mak saudara pertama kali tengok aiskrim yang di campur macam-macam dalam tu, cik ash ni selalu nya taw sebelum ni kalau ternampak ada pakcik jual aiskrim ni mesti beli bukan la selalu kadang-kadang jer, makan sokmo boleh kena kencing manis la awokkkkkk hahahahha... manis la sangat la duk campur macam-macam tu.. 






Tapi aiskrim  cik ash makan kali ni tak ada manis sangat sebab bahan-bahan yang digunakan tak manis sangat,hihihihi.. Aiskrim ni diaorang buat sendiri taw, aiskrim di tambah dengan topping yang menarik sangat siapa tengok mesti terpikat la.. hahahaha..Dalam aiskrim tu ada roti,cocokruch,jeli,kacang dan macam-macam lagi harga sebekal ni rm3.00 dan ada juga harga rm2.00.

Kalau korang sampai di kelantan mudah sangat nak cari selalunya pakcik-pakcik yang menjual aiskrim ini menggunakan motorsikal, selalunya diaorang berhenti dekat sekitar pasar siti khadijah sebab kat situ ramai orang sokmo..cik ash dapatkan aiskrim ni masa lalu nak balik ke kereta daripada pasar siti khadijah tu ternampak la pakcik ni duk jual dekat dengan bangunan bazar buluh kubu tu di antara bertentangan pasar siti khadijah. Loni kawasan tu dah berubah siap ada bumbung yang cantik tak akan ada yang kena panas dan hujan pun beruntung sangat orang yang berniaga dekat situ. 

Rasa tak puas makan aiskrim ni pulak.. hahahaha.. nanti balik kelantan bila-bila nak cari lagi la pakcik hak jual aiskrim ni.. aritu makan berkongsi dengan suami jer.. saja-saja nak ambik rasa hihihihi.. sebenarnya kalau suami beli dekat cik ash seorang makan habis jer.. 

Ok la korang duk sibuk bercerita pasal aiskrim jer cik ash ni kan.. ada yang jemu nanti pulak.. cik ash out dulu ada nak buat kerja sikit dekat rumah ni.. biasa la tugas surirumah ada jer tak selesai walaupun belum ada anak pun.. hihihihi

You Might Also Like

23 ulasan

  1. Ala dah lama tak pi sana..camana nak rasa ni..sobsss

    ReplyDelete
  2. Taoi unik la ice cream pulut cam ni, asyik cendol pulut je kan..

    ReplyDelete
  3. Makan manis2 takpa sekali sekala.. katanya petua nak manis kan muka..hahaha :P

    ReplyDelete
  4. wow..mana la tau ade isi.SA doakan aje dr jauh ni..moga moga rezeki tahun baru islam. ehehehe..btw,aiskrim tu sedap.Tapi langgar pantang ni setahun pantang pulut.. hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin insyaAllah harap begitu la.. ekin balik kelantan pun langgar pantang minum ais banyak

      Delete
  5. tak pernah makan aiskrim pulut. next time nak cari juga la area kl ni hehe

    ReplyDelete
  6. Napok macey sedap. Cerita bab ais krim ni, lama dah saya tak makan CPT (cendol pulut tapai). Tapai pulut yang sedap tu.huhu

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan lagi..kalau pergi kelantan boleh cari ni!hehe

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cuba aiskrim ni. Mungkin juga sebab abc pun x brapa gemar.

    ReplyDelete
  9. sedapnya ice cream.rabia lama dah tak makan ice cream

    ReplyDelete
  10. Wah nampak.sedap....adsense dah ada ditengah post...

    ReplyDelete
  11. kat sini mcm ni jual mahal kut dlm 5 keatas gitu

    ReplyDelete
  12. wow! menggodanya aiskrim pulut ni. macam-macam ada.

    ReplyDelete
  13. wow! nanti ke kelantan, boleh carik.
    mcm menarik ni, ekin.
    mcm sedap :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017