Tuesday, January 2, 2018

author photo
Resepi Solok Buah Petola | Assalamualaikum, semalam cik ash ada buat solok buah petola suami la mengidam nak makan dia suruh Cik Ash  buat, terkejut Cik Ash taw, tak pernah buat dan makan pun, hahahaha, selalu duk buat dan makan solok lada jer pun. mesti ramai yang terkejut kan petola boleh buat solok gak hahahha, biasa orang kelantan mesti la kreatif hihihihi..

Solok Buah Petola
Semangat suami Cik Ash ambik petola  nak suruh wife dia masak solok buah tene, Cik Ash panggil buah tene sebab orang kelantan panggil buah tene hahahaha, orang luar panggil buah petola ya. dia bercerita mok selalu buatkan untuk dia, hihihihi, so belajar dengan ibu mentua nak membuat solok buah tene ni. resepinya Cik Ash ikut cara ibu mentua buat demi untuk keselamatan tu yang Cik Ash abadikan dalam blog bila ada masa buat boleh rujuk hihihihi..

Resepi Solok Buah Petola
Bahan-bahan 
2 biji Buah Petola
1/2 labu bawang besar
1 biji bawang putih
2 ekor ikan selayang
1 sudu kfc serbuk lada hitam
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc anjinamoto
kelapa rm2 ( simpan sedikit untuk santan)

Cara membuatnya :-
1. Mula-mula sekali cuci petola hingga bersih, belah kecik korek isi kat bahagian tengah tu.
2. Rebus ikan , selepas itu blender la isi ikan, bawang besar, bawang putih, lada hitam sampai lumat. cara senang hihihihi.. kalau rasa rajin nak tumbuk pun boleh.
3. Gaulkan bahan yang dah blender tadi bersama kelapa parut hingga sebati, sesuaikan rasa garam, anjinamoto. gaul sehingga sebati.
4. Bila dah sebati boleh sumbat inti solok tu kedalam petola yang telah dipotong tadi.
5. Susun comel dalam periuk, bubuh santan sederhana pekat. Guna api yang perlahan. Bila dah empuk petola tu dah boleh di makan dengan nasi putih yang panas.

Solok Buah Petola ni kalau buat tak makan lauk lain pun tak pe hahahha.. sedap sangat memang makan berselera tengok suami makan siap teleng-teleng kepala , kalau dah teleng kepala tu memang masakan Cik Ash buat memikat hati suami la ya hahahhha, suami ni jarang sangat nak puji kalau tengok dia makan berselera itu sedap la hihihi.. jangan suami baca sudah entri hahahah..

Selamat memcuba resepi Cik Ash ni simple jer Cik Ash buat sebab ibu mentua ajar santai2 jer, hihihihi... alhamdulilah Cik Ash banyak belajar masakan febret suami daripada ibu mentua,mujur la masakan cik ash selalu dapat pujian daripada ibu mentua hihihi, bangga taw ibu mentua puji masakan kita. suami kalau berselera tu memang masakan Cik Ash sedap la,

Ok la korang semua itu jer resepi yang cik ash share dengan korang semua, selamat memcuba resepi solok buah petola ni, memang menyelerakan makan nasi putih panas-panas tambah nasi pun tak perasan apa dah.. hihihi..

This post have 15 komentar

avatar
Wani Sukarno delete January 2, 2018 at 10:50 PM

Sero rajin buat sekali ,, hii, terasa malas plok nok buat, tapi resepi ni selero la bagi yang suka makan

Reply
avatar
Etuza delete January 3, 2018 at 1:30 AM

Orang rajin orang suka..apatah lagi rajin masak

Reply
avatar
Mimie delete January 3, 2018 at 11:46 AM

Wah nampak senang dan mudah saja nak buat

Reply
avatar
el delete January 3, 2018 at 11:49 AM

wow solok petola..sllu dengan solok lada je..rajinnya ekin..lau dekat boleh la hantor sepinggan kan hihihi

Reply
avatar
Cik Rose delete January 3, 2018 at 12:16 PM

Rose belum pernah rasa lagi solok petola.. selalu makan solok lada, kalau beli nasi kerabu.. thank you Cik Ash untuk resepinya , bolehlah cuba nanti. nyum nyum .

Reply
avatar
iuzira delete January 3, 2018 at 12:50 PM

Tak penah dengar. Huhuhu sedap ke? Mak pun tak penah buat

Reply
avatar
iuzira delete January 3, 2018 at 12:51 PM

Tak penah dengar. Huhuhu sedap ke? Mak pun tak penah buat

Reply
avatar
Eintan Nurfuzie delete January 3, 2018 at 1:34 PM

Petola ke pelatok.. ahahha. Tringat drama p.ramlee

Reply
avatar
Dillaleez delete January 3, 2018 at 1:52 PM

Tak pernah dengar lah resepi ni... Benda baru... nanti hujung minggu kite try buat...

Reply
avatar
✿Cik Cappuccino Latte ✿ delete January 3, 2018 at 2:28 PM

Selalu makan solok ikan , solok ikan .. tapi kali ni cik Ash share resepi yang unik .. solok petola kot ..wahh

Reply
avatar
Wendy Pua delete January 3, 2018 at 2:57 PM

okay let's try it next time!
lama tak masak utk suami saya jugak!

Reply
avatar
Nadia Johari delete January 3, 2018 at 4:44 PM

Selalu makan solok lada je..sedapp..

Reply
avatar
Syamimi Saad delete January 4, 2018 at 2:59 PM

Selalu dengar solok lada je. Ni solok buah petola pulak eh.. tp solok lada pn x pnh mkn.😅😅

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post