Assalamualaikum...Hai, korang semua, masih tak terlambat Cik Ash nak ucapkan buat rakan blog Cik Ash ni Selamat Berpuasa ya. Sebenarnya hari ni Cik Ash nak kongsikan sesuatu kisah dengan korang semua.
Pada 14.2.26 kami didatangi kenalan lama mak mentua datang nak jumpa mak mentua. Cik Ash dah pelik tertiba datang ni mesti ada ajak macam sebelum ni pernah juga datang bawa bekalan makanan untuk mak mentua Cik Ash. Alhamdulilah rezeki mak mentua kawan baik bagi dekat dia kami suami isteri tumpang gembira. Jimat dah duit kita bertiga nak beli bekalan makanan kat rumah.
Barang makanan yang ada dalam senarai tu semua barang keperluan asas harian yang kita guna iaitu Beras (2kapit), Bihun (2 paket), Susu Pekat (5 tin), Kicap manis,Sos Tomato,Sos Cili, Vico, Serbuk Teh, Serbuk Kopi, Gula (5 paket), Tepung Gandum (2 paket), minyak masak ( 2 paket) dan Sirap Rose FN.
Terima kasih kepada diucapkan buat pemberi keperluan makanan harian kat rumah ini, semoga dimurahkan rezeki selalu.


Alhamdulillah, memang rezeki tak disangka-sangka 🤍 Seronok baca bila ada insan baik hati datang hulur bantuan tanpa diminta. Barang keperluan asas memang sangat membantu, lagi-lagi waktu harga barang makin naik sekarang. Semoga Allah balas kebaikan si pemberi dengan rezeki yang lebih luas dan berkat 🌙✨
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki x pernah salah alamat kan...sekurang- kurangnya tetap membantu sedikit sebanyak keperluan harian...semoga murah rezeki buat pemberi..salam Ramadhan..
ReplyDeleteAlhamduliillah...Rezeki Di Bulan Ramadhan...
ReplyDeletePost a Comment
ash.rie8506@gmail.com