1 Hari 1 Malam ke KL

September 30, 2011

Assalamualaikum...

Hai korang semua apa khabar, diharap sihat selalu ya...

Ini ekin ada nak kongsikan dengan korang semua mengenai perjalanan ekin ke KL 1 hari 1 malam di kl. pengalaman perjalanan ekin bermula pada tarikh 29/9/2011 yang akan ekin ingati sampai bila-bila peristiwa ini yang banyak menguji kesabaran ekin ke KL kerana ingin ke jamuan makan hari raya bersama Perdana Menteri punya pasal.. huhuhuhuhu..

Bas rombongan ekin naik dari kelantan bertolak ke KL dalam pukul 9.30 pagi semuanya yang pergi pakcik-pakcik dan makcik-makcik dari PBTM cawangan Pengkalan Chepa Kelantan.. hehehehehe..

Ekin seorang jer anak dara yang ikut masa tu... hahahahaha.. perjalanan kami ke sana syukur alhamdulilah selamat dan sampai di tempat MEPS di serdang. Kami sampai di sana dalam pukul 7 malam, ekin ingat tempat yang dituju dekat ke rupa-rupanya nak ke sana kena naik bas pulak..

Banyak kenangan yang tak dapat ekin lupa memang mencabar kepergian ekin ke KL kali ni, biar la rahsia apa yang terjadi ketika itu, beribu-ribu rakyat malaysia yang datang ke jamuan raya itu.. bermacam-macam orang ekin jumpa.. ada tu seorang budak lelaki tersenyum dekat ekin.. hahahaha... ekin pun balas balik senyuman budak lelaki itu, nasib baik la aboh tak nampak kalau la aboh ternampak mesti kata anaknya gelenyar dah ni..hehehehe

Apabila waktu nak makan lagi mencabar buat ekin dan semua orang di sebabkan bas ekin sampai lewat meja khas makan penuh terpaksa ekin dan semua yang naik bas sekali dengan ekin makan di ruang yang lain.. berebut-rebut kami nak makan, ekin dah la baru sampai campur dengan keletihan apa lagi berebut-rebut la ambik makanan, alhamdulilah dapat la satu pinggang nasi minyak dan satu mangkuk gulai ayam di bahagi 3 orang... sambutan hari raya penhunjung memang ramai yang pergi dalam beribu-ribu orang kut..


You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017