PESTA BUKU KELANTAN 2012

March 16, 2012




Buat pengetahuan kalian semua, pada 28 Mac 2012 sehingga 3 April 2012 akan berlangsungnya PESTA BUKU KELANTAN 2012. Pesta buku akan diadakan di lokasi seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam. Lokasi ini berdekatan dengan Perpustakaan Awam Kelantan, Bazaar Tok Guru dan juga Stadium Muhammad IV. Pesta buku ini akan bermula seawal 9.00 pagi dan akan berakhir pada 10.00 malam. Justeru kepada individu yang berdekatan tanpa mengira usia ambillah peluang ini untuk sama-sama memeriahkan sambil mendapatkan ilmu. Sambil kita membeli sebenarnya kita sedang menambah ilmu dan memberikan semangat kepada golongan penulis untuk lebih banyak menyelidiki ilmu dan menulis. Manfaatnya kita sama-sama kongsi bersama. Semoga ilmu Allah Taala yang tidak terkira ini dapat kita berusaha untuk memilikinya. Disamping ilmu fardhu ain, fardhu kifayah lain seperti ilmu sejarah, matematik, sains dan sebagainya juga penting dalam meningkatkan ilmu umat islam. Tidaklah kita hanya menelan bulat-bulat sebarang informasi dari ilmuan barat yang berkemungkinan telah banyak diseleweng. Dengan ilmu yang ada kita dapatlah menangkis sebarang ilmu yang bercanggah atau fakta yang cuba diseleweng. Selamat berpesta buku, Wassalam... 











You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017