Sinopsis Drama Calon Isteri Jutawan

April 30, 2015


                                                         

Hai... Ada lagi Carian di blog ekin selalu orang Cari pasal novel ni iaitu CALON ISTERI JUTAWAN yang akan diadapitasi ke drama tapi tak taw bila huhuhu... jadi disebabkan ada usha pasal sinopsis ekin pun update la terima kasih kepada yang singgah blog ekin nak baca pasal novel ini.. OK kat bawah ni ekin dah share sinopsisnya men la kita baca ya


Sinopsis Calon Isteri Jutawan 

Hanya seorang calon yang layak. Siapakah dia? 

Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.

Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.

Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.

“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”

“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”

“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”

Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.

Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...

“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”

“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak car
i isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”


“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”

Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.

Tajuk: Calon Isteri Jutawan
Penulis: Nuriffa
Penerbit : Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-05-1
Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak)




You Might Also Like

11 ulasan

  1. Haha..best juga ya cerita ni..lama wana tak baca novel ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ke.. ekin x pernah baca lagi... hihihi... tengok.sinopsis mcm best ni

      Delete
  2. nak tulis novel laaa lepas ni..
    kot ada yang nak buat drama hehe..

    ReplyDelete
  3. nak tulis novel laaa lepas ni..
    kot ada yang nak buat drama hehe..

    ReplyDelete
  4. lama xbeli n baca novel...huhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ekin pun lama x beli novel huhuu..

      Delete
  5. Calon isteri blogger? x de org cari ke ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihihi xde lagi tu xde yg tulis

      Delete
  6. idok fun calon isteri kaki travel ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017