Gulai Lemak Telur Masin

January 22, 2016

Gulai Lemak Telur Masin



                                                               
Hai selamat petang semua... buat apa tu... dah makan petang ke... ekin ni baru siap masak untuk makan petang.. hari ini abang buat permintaan nak makan Gulai Lemak Telur Masin... ekin cuba buat harap sedap boleh dimakan.. pernah buat sebelum tak menjadi telur jadi hancur hahhahaha... ada ekin buat lauk lain gak ayam goreng kuning.. pic tak ada malas nak ambik la.. hihihihi.. simple jah lauk ekin buat tu kalau orang lain mesti ada tambah belimbing buluh kalau tak silap la.. 


terliur tak tengok gambar Gulai Lemak Telur Masin kat atas tu.. hihihi... kalau terliur kat menu diatas tu meh tengok resepi kat bawah ni ya.. 


resepi ini ekin ada tengok en google terjumpa blog kak Azie Kitchen ada cara buatnya tapi ekin ubah style ekin hihihi.jangan marah nah


 Gulai Lemak Telur Masin 
Oleh: Cik Ash

Bahan-bahan:
3 biji telur masin 
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci kunyit 
sedikit lengkuas 
Lada merah besar (xada lada solok)
Garam dan secukup rasa 
asam keping 
santan 

Cara-Cara 
1. Kisar bawang merah, bawang putih,kunyit dan lengkuas. 
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dengan sedikit air,baru masukkan telur satu persatu,biarkan telur itu mengeras baru masukkan santan. 
3.Masak atas api yang perlahan sambil terus dikacau sehingga masak. 
4.Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa lada besar merah.
5.Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi panas dan sambal kelantan. 


ok itu saja resepinya ekin share.. selamat mencuba kepada semua.. 




You Might Also Like

2 ulasan





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017