Maharaja Lawak Mega 2016

January 29, 2016

Maharaja Lawak Mega  2016 Bermula Malam



Assalamulaikum... 
Hai korang,,, malam ni bermula Rancangan Tv Show yang paling ramai orang minat iaitu Maharaja Lawak Mega 2016, kat rumah ekin ni paling suka tengok rancangan lawak-lawak ni abang dan mother in law hihihi...ekin tengok pilih perserta hahhahha... 

Tahun ini Maharaja Lawak Mega Menampil pelawak baru dari grup yang berbeza.. banyak pelawak baru yang masuk Maharaja Lawak Mega 2016 kali ni.. Adakah rancangan sama gah macam rancangan sebelum kena tengok la malam ni taw.. 


MLM 2016 ni seramai 15 perserta akan bertanding... rancangan ni bakal bersiaran selama 14 minggu  pada setiap Jumaat pukul 10 malam bermula 29 Januari 2016 akan disiarkan disaluran Astro Warna (132)  dan Mustika HD (134)

senarai nama 15 peserta maharaja lawak mega mlm 2016, hadiah juara pemenang maharaja lawak mega mlm 2016, misi lawak ck faizal, johan dalam mlm 2016, gambar mlm 2016

Antara perlawak yang bergabung adalah kumpulan ialah LOL (Angah, Tauke Jambu dan Ajak Shiro , selain kumpulan Joras pulak gabungan Shuk(SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor). 

Peserta lain yang turut terlibat adalah Cham (Along dan Azrul Cham), Bocey (Acey, Abam dan Fad), Awok (Filzah, Ain dan Ayie), Enjen (Raja Azri, Acong dan Yus), Shake (Amir, Bell Ngasri dan Haszmi), Chilok (Chiwan, Achok dan Kamal), XOLA (One, Chot dan Wan Jala), Puteh (Mamak dan Ali).

Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim turut mencuri perhatian apabila muncul sebagai peserta kumpulan Bos bersama Ajo dan Abu.

Manakala kumpulan Bora (Isa, Yan dan Mamat) mewakili Singapura dan Saywho (Vicha, Bocil Bancin dan Agus) Indonesia.

Dua peserta solo yang turut bertanding adalah Reza Mukmin dan Kavin Jay.


Hadiah Yang bakal dimenangi oleh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2016 ialah seperti berikut :- 

Juara MLM 2016 - RM500,00 
Naib Juara - RM250,00
Ketiga - RM150,000
Keempat- RM50,000
Kelima-15,000







You Might Also Like

3 ulasan

  1. Boleh tahan juga geng yang berentap...

    ReplyDelete
  2. tak tengok pun. sebab tengok peserta dia macam kureng pulak huuu

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017