Drama Si Kolot Suamiku Astro Ria Dan Maya HD

August 14, 2016

Drama Si Kolot Suamiku Astro Ria Dan Maya HD | Assalamualaikum , Hai korang semua ini ekin ada nak share drama yang best gak kalau nak jadi list ekin nak suruh suami tengok hihihihihi... sebelum ini drama Imam Mudaku Romantik dan Drama Sayangku Kapten Mukhriz  ekin suruh suami layan.. hahahahhaha... memang suami layan sokmo drama ini taw..siap ekin dowload simpan koleksi nak suruh suami tengok..  siap tersenyum-senyum bagai bila tengok drama ini.. kalau ada apa-apa yang ekin cakap la mesti dia bagitaw ingat taw ustaz faqil or ustaz mukhriz cakap macam ner hahhahahah... aduhhh suamiku ini pengaruh drama sangat...


Eh hampir terlupa ekin pasal drama ini pulak.. drama ini akan mengantikan drama Lelaki Macam Dia itu . Drama ini merupakan drama adapitasi dari novel Si Kolot Suamiku karya  Fazlyn Ridz  yang akan bersiaran di Astro Ria Dan Astro Maya HD bermula pada 15 Ogos 2016 ini.. 

Drama Si Kolot Suamiku ini dibintangi oleh lakonan hebat Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifudin, Drama ini diarahkan oleh Eyra Rahman merupakan terbitan MIG Pictures. Drama ini juga dibantu oleh pelakon lain iaitu Kuza,Faizal Hussein, Atikah Suhaimie, Dania Azmi dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku


“Nama kau Kudin ya?”

“Apasal kau gelak?”

“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!

Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?






You Might Also Like

11 ulasan

  1. tapi citer2 drama kat Malaysia ni pusing2 macam mana pun storyline macam tu jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihihi biasa la cerita drama kan

      Delete
  2. macam2 tajuk cite petang2 ni...pelik2
    Faizal Tahir suruh terjah kat sini Raver Si Sotong Vs Hipster Bermisai Lentik

    ReplyDelete
  3. aida malas la nak tgk citer ni ekin.
    seksa jiwa nanti.
    jadik mcm lelaki mcm dia tu.
    da ter ketagih tau. nak tido pun tangguh tido lepas kul 11 malam hu hu hu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin kak xd buat apa layan jah drama nya

      Delete
  4. Tajuk drama sekarang kemain... memang drama sangat... hehehe

    ReplyDelete
  5. semalam start kan? hari ni tgk smalam x dan.. :P

    ReplyDelete
  6. Memang drama sangat.. Macam2 tajuk..

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME APRIL 2017