Resepi Jemput-Jemput Carrot

August 25, 2016

Resepi Jemput-Jemput Carrot | Assalamualaikum... Hai korang ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat la ya. Lama tak buat jemput-jemput lepas raya aritu baru ni kerajinan buat jemput-jemput datang kembali setelah lama tak buat sebab malas hihihihi..

Bila rajin datang ada saja nak di buat kat dapur tu. idea buat jemput-jemput carrot ekin guna saja bahan-bahan yang ada dekat dapur tu... tengok rupa tak menarik kan tapi bila makan mak mentua ekin puji sedapnya jemput ni tak puas makan hihihihi.. suka taw bila mak mentua puji kita masak taw..

ok ini dia resepi yang ditunggu sila baca dan hafal diresepi ini dekat bawah :-

Resepi Jemput-Jemput Carrot
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
Separuh tin susu cair
3 batang carrot (kisar bagi hancur)
garam dan pati sedap
3 sudu gula
Air (agak-agak bila tengok bancuhan dah sebati)

Cara Membuatnya
1. Bancuhkan tepung dengan kesemua bahan-bahan bersama air masak. bagi biar rata dan nampak cair sikit jangan terlalu pekat sangat ya..
2. Bila dah siap bancuh boleh panaskan minyak dalam kuali..
3. Tunggu kuali panas , bila kuali dah panas boleh la letakkan bancuhan ke dalam kuali.
4. Goreng hingga kekuningan dan toskan minyak dalam tisu lapik tu.
5. Sedia dihidangkan..


You Might Also Like

19 ulasan

  1. tengok jemput-jemput carrot ni teringat zaman study dulu.. coursemate aka housemate buat bubur carrot and paksa2 yang lelain makan.. sampai muntah2 housemate yang sorang tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubur carrot boleh cuba buat ni hahahahaha

      Delete
    2. Baca citer Firah, teringat akak, dulu Cekebon cuba buat creamy carrot soup utk kitorang adik-beradik. Tak laku! Kitorang sumer bajet makan sup ayam biasa je...tetiba nak makan sup carrot creamy bagai ;)

      Delete
  2. Sedapnya, mesti rasa lemak manis nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah lemak manis sangat hihihihihi

      Delete
  3. x pernah rasa lagi jemput2 carrot. Wah sampai mak mertua puji, mmg sedap btul tu. Ok kita nk cuba la nnti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihihi mak mentua puji suka sangat

      Delete
  4. xnah lagi wat cucuq karot..ermm kena try ni

    ReplyDelete
  5. Carrot tu parut ke potong2 gitu2 ja ekin?

    ReplyDelete
  6. Jangan dipandang pada rupa ye ekin hihi....Kalau mak mertua pun ckp sedap maknanya mmg pas lah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi... alhamdulilah boleh mak mentua yang sporthing

      Delete
  7. Tak pernah buat lagi jemput2 carrot ekin..macm sedap jer tgk.. macih share resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la kak farah hihihihi.. sama2

      Delete
  8. Sha kalau buat cucur carrot tak buh susu cair.. tapi sha tambah kentang.. ngn telur.. Nanti nak try resepi ekin lak..

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017