Resepi Ayam Kam Heong

November 21, 2016

 
Resepi Ayam Kam Heong | Assalamualaikum, Hai korang semua apa khabar untuk hari ini.. sihat ke ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.

Aritu ekin ada cuba buat Ayam Kam Heong ini rasa dia lebih ayam kari mamak saja cuba bezanya kita tambah kicap,cili sos dan sos tomato,sos tiram, Jom usha resepi dekat bawah ni.

Resepi Ayam Kam Heong

Bahan-Bahan

Ayam ekin agak-agak boleh makan untuk 3 org
2 ulas bawang besar (sebiji didadu dan sebiji lagi dipotong kasar)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 lada merah
4 helai daun kari
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap lemak manis
3 ataupun 4 sudu makan kari (bancuh dengan sedikit air)
Minyak untuk menumis
Garam jika perlu saja

                                     

Cara membuatnya :- 
1. Ayam digaulkan dengan kunyit + garam lepastu goreng dalam minyak yang panas.
2. Bila ayam siap dah goreng biarkan.. 
3  Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak panas tumis la bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
4.Masukkan rempah kari dan daun kari. 
5.Masukkan sos cili,sos tomato, sos tiram,kicap lemak manis. 
6. Masak hingga sebati dan pecah minyak.
7. Masukkan ayam goreng dan cili gaulkan hingga sebati.
8. Siap boleh di hidang kan dengan nasi panas. 

Ok la itu saja yang ekin nak kongsi dengan korang semua....selamat mecuba resepi ini ya...

You Might Also Like

3 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017