Review Filem Kimchi Untuk Awak

May 28, 2017

kimchi untuk Awak 
Assalamualaikum.. 

Hai rakan-rakan semua apa khabar dah hari kelima kita berpuasa ni.. macam ner puasa ok ke.. Harap dipermudahkan puasa rakan-rakan ya.

Ni ekin baru berkesempatan layan filem Kimchi Untuk Awak biasa la ekin kalau cerita filem apa-apa mesti lambat nak layan.. kalau english kalau suami layan baru la ekin join. Biarpun Filem Kimchi Untuk Awak dah lama di tayangkan di pawangan bulan 3 aritu ekin baru nak layan nak review.. kalau ikut ramai dah review filem ni kata tak best dan ada kata best..

Review Filem Kimchi Untuk Awak 
Bagi ekin filem best jugak suka tengok emma berlakon.. Aiman ekin agak kurang minat sikit tapi masih layan kalau ada drama lakonan dia.. hihihihi.. tapi ekin agak kurang puas hati la apabila ada satu babak dimana  Daniel Lee mengendong Bella ketika menuju ke guest house. Lepas tu ada babak Daniel Lee menunjukkan aurat pada Bella dengan babak yang romantik yang lain. perkara itu agak kurang manis bagi seorang pelakon yang dah berhijab ni nanti memang akan di kecam peminat.. rasa ekin ramai peminat emma ada memperkatakan pasal babak ni kalau tak silap ekin la..

Walaupun hanya lakonan untuk menunjuk sifat rasa kasih sayang antara suami dan isteri tapi kena jaga adat sebagai seorang artis yang berhijab, rasa filem ni memang ikut dalam novel ada yang ekin tengok review dalam novel adengan romantik lebih lagi..

Tapi nak buat macam ner dah pengarah ni filem emma jadi heroin dalam filem itu so kena lakon la.. tapi seeloknya ambik pelakon yang tak berhijab bawa watak bella ni.. tak ada aurat tu terlepas hihihihi..

Dalam ni filem ni turut ada watak yang sangat kelakar antara pelakon yang menyerikan filem ni iaitu  Sharifah Sakinah, watak dalam ni sebagai Aminah , nama panggilan di Malaysia, Tapi apabila di korea nama Minah jadi Min Ah, baru korea kata minah dalam babak dalam filem itu. babak yang ada watak Min Ah mesti lawak ekin duk tergelak tengok.

Lagi ada satu lagi watak yang kelakar gak iaitu Ungku Haris yang  membawa watak Faris, Faris ni sangat suka kepada bella yang  sangat annoying.  babak yang kelakar ekin nak suka tengok sanggup datang ke rumah bella untuk meminta restu daripada mak bella untuk berkahwin dengan bella dengan memakai pakaian pengantin hahhahaha.. dan macam nak kahwin tu dah mari seorang-seorang semua orang dalam rumah tengok dia pelik.. hihihihi...

Tak lupa jugak watak Antagonis dalam filem ini dilakonkan oleh Janna Nick ekin tengok watak dia sangat berkesan dengan mimik muka dan mekap up..rasa geram dengan zarra..akhirnya di last-last babak bella pun tampar Zara masa tu ekin yes padam muka zarra.. hahahaha..

Manakala  lokasi pengambaran kebanyakkannya di korea.. best tengok pemadangan cantik di Nami Island, duk  terbayang-bayang harap dapat jejak jugak korea nanti tapi tak taw bila hihihihi.. Walaupun ekin tak pernah layan novel Kimchi Untuk Awak ekin bagi 3/5 bintang untuk filem ini.

Ok la ini saja hasil daripada review ekin mengenai Filem Kimchi Untuk Awak.. Jumpa lagi di entri lain nanti..









You Might Also Like

4 ulasan

  1. Baru nk minta restu dah dtg dgn pakaian pengantin..mmg lawak

    ReplyDelete
  2. belum tgk lagi cerita ni... hehehe..

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017