Resepi Nasi Kerabu Kelantan

June 04, 2017





Resepi Nasi Kerabu Kelantan | Assalamualaikum.. Hai korang semua saya harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 

Nasi Kerabu Kelantan

Alhamduliah pada rabu puasa yang kelima suami cik ash ada buat permintaan suruh buat nasi kerabu kira dah lama tak buat nasi kerabu last tahun bila entah hahahaha.. ekin bukan taw sangat nasi kerabu ni banyak tanya mil.. Mujur mil ekin sporting siap bagitaw satu-satu buat macam ner... hihihihihi.. 

Nasi kerabu kalau ikut senang nak buat tapi disebabkan bahan-bahan banyak tu jadi kalau jenis malas memey tak buat hahhahaha.. cik ash ni kalau hari biasa tak pernah buat nasi kerabu lagipun suami tak pernah nak mintak, tapi puasa tahun ni dia buat permintaan  rasa nak makan nasi kerabu la, lama tak makan nasi kerabu hihihihi.. Semangat suami cik ash cari bahan-bahan untuk buat nasi kerabu, lepas balik pergi bawa mil ke klinik peribadi.. 

Syukur alhamdulilah percubaan cik ash buat nasi kerabu buat suami cik ash bertambah-tambah nasi siap mengeleng-gelengkan kepala tandanya nasi kerabu yang cik ash buat memey sedap, manakala mil biasa la orang tua makan tak lalu mana makan sikit jer..

Eh hampir terlupa cik ash bab resepi nak buat nasi kerabu jom la usha resepinya dekat bawah ini.. maaf agak terlewat nak sharekan di blog biasa la, masa buat tanya mil tak sempat menulis dalam buku hahahaha.. 

Resepi Nasi Kerabu Kelantan 

Bahan-bahan :-
Nasi
Nak Masak nasi seperti biasa ikut atas korang nak masak berapa cawan la cik ash aritu 5 cawan kebetulan nak bagi dekat kak ipar gak ,basuh cucikan beras lepas tu masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya,


sambal ikan

Sambal Ikan 
9 ekor ikan selayang -rebus & ambik isi
kelapa (beli rm5) -goreng
1 ulas bawang merah -dicincang
1 batang serai -hiris halus
garam
gula
anjinamoto
nise

Cara membuatnya :-
Mula-mula kita goreng kelapa dan jangan lupa selalu kacau supaya kelapa tu tidak hangit nanti.. Bila kelapa dah garing bolehlah ditumbuk-tumbuk kelapa dan semua bahan jangan tumbuk lumat sangat taw sedang-sedang jer. Lepas itu masukkan gula,garam,nise gaul hingga sambal ikan rata semua bahan.


Ayam Bakar Dan Daging Bakar 

Lauk Pauk 
Daging Bakar
Ayam Bakar
Telur masin

Daging Bakar Kelantan 
Bahan-Bahan
Daging
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 cili kering
2 biji bawang besar
1 batang serai
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1 sudu serbuk kunyit

Cara Membuatnya :-
Basuh  daging dan toskan air daging itu dalam 2 jam supaya air benar-benar kering.

Kisarkan semua bahan menggunakan sedikit sahaja air untuk mengerakkan blender bila dimesin.

Perapkan daging itu selama 2-3 jam sebelum daging dibakar di atas dapur arang.
Semasa membakar di pemanggang ajaib tu, sila renjiskan sedikit minyak di atas daging. Selepas masak, boleh la di hiris daging itu nipis-nipis dan dihidangkan dengan nasi kerabu.

Ayam Bakar 
Ayam
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit (xde kunyit hidup)
4 tangkai cili kering - dibelender
1 batang serai
Garam
Gula

Cara Membuatnya :-

Kisar semua bahan di atas dan masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati selepas perap la ayam tu lama-lama.

Bakar ayam di dalam pemanggang ajaib, mesti ada air kan.. korang kena buat air tu.
bakar hingga masak ayam itu.

ulam

Ulam ulaman
Kubis
Kacang panjang - ekin tak letak sebab tak suka
Timun
Daun kesum - Tak de stok
Bunga kantan
Taugeh
Bawang besar
Serai

Cara Membuatnya :-
Hiriskan kesemua ulam ulaman itu halus-halus lepas tu susun la didalam bekas macam di atas tu..

Sambal Cili 
Cili padi
cuka
garam
gula

Cara Membuatnya :-
Blender cili padi hingga lumat. sesuaikan rasa gula,garam,cuka, cik ash main agak jer hihihihi..
*Sambal cili adalah wajib jika tak buat kuah tumis taw.. sebab cik ash tak buat kuah tumis pun budu letak terus atas nasi selepas dah siap letak sambal ikan,ulam.

Ok la itu saja resepi Nasi kerabu kelantan daripada cik ash ini.. kalau korang nak lebih kelainan dengan kuah tumis boleh jer search kat google pasal nasi kerabu insyaAllah ada jer resepi lengkap nak buat nasi kerabu.. ni cara cik ash buat mungkin lain dengan orang lain.. kalau korang nak cuba resepi cik ash dipersilakan la.. jumpa lagi di entri lain nanti.. cik ash undur diri dulu nak out tido nak bangun sahur.. hihihihihi..


You Might Also Like

6 ulasan

  1. jarang sangat makan nasi kerabu ni...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #30.

    Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/05/senarai-url-blog-30.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari ini. Gud luck.

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  2. Pandainya Ash masak =)

    Salam Ramadhan =)

    ReplyDelete
  3. meme bab penyediaan bahan2 tu yg leceh kan? nak hiris itu, nak tumbuk ini. tp dah siap tu rasa lega tul.

    ReplyDelete
  4. sedap nasi kerabu..hari tu ada orang cod nasi kerabu arizam..sedap sangat kak..repeat order lagi..tapi sekarang dia tinggal di KL..hurmm..tak dapat dah merasa nasi kerabu arizam

    ReplyDelete
  5. Kalau Cik Mimie ni xtau la menjadi ke x buat.. kemain penyediaan dia.. hehehe.. Tapi nasi kerabu sedap sangat!!

    ReplyDelete
  6. minat nyer dgn nasi kerabu.
    aida beli jer.
    buat tak pernah :)

    ReplyDelete





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017