Review Filem Guardians Of The Galaxy Vol.2

June 06, 2017

Review Filem Guardian Of The Galaxy Vol.2 |Assalamualaikum..Hai korang semua apa cik ash harap semua sihat walafiat ya.. 

Guardians Of The Galaxy Vol.2 


Sebenarnya  cik ash  dah lama tengok Filem Guardians Of The Galaxy Vol.2 di pawangan pada 6 Mei 2017 aritu sebelum puasa ni baru nak buat review hihihihihi.. biasa la bila mood nak menulis ada turun naik kan sejak dua mejak ni..

Tiket MBO 

Filem ini cik ash pergi tengok dekat pawangan sebab nak menghabiskan baki voucher MBO free tu ada satu keping lagi gak..  dah pergi dua orang satu tiket free dan satu tiket kena bayar RM17.29 wow sudah naik loni.. Sesiapa yang ingin layan Filem Guardians Of The Galaxy Vol.2 ni harus kena tengok no 1 dulu taw sebab ni sambungannya.. nanti tak tengok yang mula-mula jadi tak faham pulak.. 

Cik Ash bersemangat nak tengok filem ni malam itu terus layan yang episode pertama di dalam KODI hihihihihi.. esoknya suami siap bagitaw nak pergi tengok cerita Guardians Of The Galaxy Vol.2 ni sebabnya dah tak sabar nak tengok kecomelan baby Groot yang lucu yang mencuitkan hati cik ash nak layan.. hihihihihi.. 

Review Filem Guardians Of The Galaxy Vol.2 

Permulaan cerita dari awal hingga akhir memang kelakar sangat.. kalau korang suka cerita action , ada juga terselit perkara lucu , so korang harus tengok cerita jenis macam ini. Menarik tentang filem ni disebabkan ada Baby Groot yang kecik dan cute sangat.. cerita ini banyak aksi lawan-lawan memang tak mengantuk bila layan. 

Cik Ash suka tengok Baby Groot ni menari lawak gila la masa tu habis satu panggung wayang duk gelakkan Baby Groot ini. Siap cik ash teringin nak dapat patung baby groot.. hihihihihi..  

Mesti korang masih belum kenal lagi watak-watak guardian kan? Guardian ni ada 5 rupa iaitu Peter Quil, Gamora, Drax, Rocket dan Baby Groot. Kelima-lime watak dalam guardians bergabung untuk menyelamatkan alam semesta daripada Ayah Peter. 

Ok la cik ash  tak mau nak bercerita panjang dekat korang semua nanti syok la pulak layan Filem Guardians The Of Galaxy Vol.2, cik ash  bagi 4/5 bintang dekat filem ini sebab filem yang tidak membosankan cik ash  dan suami, memey tak menyesal tengok taw.


You Might Also Like

2 ulasan





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017