Shopping Di Lazada Guna Voucher RM100

August 06, 2017

Shopping Di Lazada Guna Voucher RM100



Assalamualaikum.. 

Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.

Alhamdulilah sebelum ini cik ash ada kongsikan cik ash ada MENANG LAZADA RAMADHAN RAYA 2017 BLOGGER CONTEST dapat voucher RM100. Tak sangka percubaan banyak kali penyertaan contest ni cik ash menang di minggu ke 3.. Rezeki Allah bagi syukur sangat..

Tunggu lama jugak Voucher Shopping lazada sampai suami cik ash tanya setiap hari dah dapat ke voucher lazada tu, hahahaha.. biasa la suami cik ash yang teringin sangat nak beli barang dekat lazada tu, hihihihi, hadiah yang cik ash menang kongsi bersama baru la berkat kan..



Berblog ni suami yang bagi sokongan teruskan berblog kalau tak dah lama cik ash sepi daripada dunia blog ni. alhamdulilah cik ash kongsi bersama suami kira hadiah untuk beliau sebab banyak support cik ash..

Barang yang cik ash shopping dekat lazada ialah dekat bawah ini adalah barang yang cik ash shopping 3 barang cik ash satu lagi barang yang suami punya.. hihihihi.. Jom usha barang yang cik ash beli dekat lazada di bawah ini.

SINAILI HAIR DRYER ini cik ash nak sangat senang la nak bagi kering rambut nanti, suami pun cakap lepas ni jangan bagi alasan lambat nak siap hahahhaha... alahai..



Rak ni cik ash duk usha lama dah kat lazada tapi biasa la bila guna duit sendiri ni nanti2 dulu baru beli hihihihihi... baru la kemas sikit kat ruang letak barang semua atas ni tersusun kemas kan.. tapi rasa rak macam ni dah xde dekat lazada ada yang jenis lain boleh tengok dekat SINI


Storage Shelves 3RD Layer ni terasa rugi pulak beli mula-mula tu.. tapi difikirkan balik letak barang-barang yang mudah guna dalam tu senang jer... hihihihi..nak letak botol-botol kaca takut tak kukuh la pulak..


Wireless Bluetooth Headset Stereo Earphone ini pulak yang suami punya dia yang nak sangat benda ni sebab katanya mudah nak guna time call cik ash kat tempat keje bila waktu keje shift malam senang la sikit hihihihi... 

Ok la korang semua itu saja barang yang cik ash shopping dekat lazada, so kepada korang yang ingin beli barang di atas tu boleh klik nama barang tu nanti akan di bawakan ke website lazada taw.. jumpa lagi di entri yang lain... 


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Penuh barang lazada ye dik..hihi

    ReplyDelete
  2. Ciktie pun tak shopping lagi ni. Masih tak sempat

    ReplyDelete
  3. tahniah dapat voucher lazada. adik FD baru je beli rak mcm tu jugak utk mak. hehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah Cik Ash.. Banyak jugak dapat beli barang tu... :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017