Selamat Bersara, K9 PDRM Malaysia

 Assalamualaikum... Cik Ash baru berkesempatan untuk mencoret sedikit memori mengenai wira berkaki empat PDRM Malaysia yang telah bersara, 

 

Selamat Bersara,  K9 PDRM Malaysia

Majlis Persaraan K9 PDRM bagi K9 Falco, K9  Anuo, K9 Mate telah berlangsung pada 14 Julai 2026. Setelah sekian lama bebakti dengan penuh kesetiaan dan keberanian dalam menjalankan amanah demi keselamatan negara kini tibalah masanya buat mereka menikmati alam persaraan. 

 

Selepas menamatkan perkhidmatan, Falco, Anuo, Mate akan memulakan kehidupan baharu  bersama keluarga angkat yang akan menyanyagi dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. 

 

Semoga Falco, Anuo dan Mate sentiasa sihat, gembira dan menikmati persaraan yang indah. Jasamu akan terus dikenang, dan pergorbananmu tidak akan dilupakan.

 

"Selamat bersara, wira berkaki empat. Terima kasih atas baktimu kepada negara.  Jasamu dikenang. "🐾🇲🇾


Ok la korang itu jer Cik Ash update hari ni nak kongsi memori dekat blog ni.

Post a Comment

ash.rie8506@gmail.com

Previous Post Next Post