Catriona Ross Selamat Lahirkan Bayi Kedua

July 20, 2012


Isnin lalu, pelakon wanita cantik, Catriona Bahrin Ross atau Cat telah selamat melahirkan bayi keduanya tepat jam 6.16 petang di Naluri Medical Centre.
Bayi keduanya yang juga bayi lelaki sulung itu dinamakan dengan nama Jammal Raess Ross Iddin.
Bagi Cat, dia bersyukur kerana dapat merasai sekali lagi pengalaman dan nikmat untuk mengandung kali kedua.
“Saya berasa sangat gembira. Walaupun ini adalah kelahiran kedua bagi saya, tetapi setiap tempoh mengandung dan bersalin itu ada kelainannya dan saya juga dapat meraih pengalaman baru yang berbeza,” kata Cat yang dipetik dari laman portal Murai.com.
Walaupun Cat dan suaminya sudah pun mempunyai cahaya mata yang kedua, Cat masih lagi tidak percaya dengan kurniaan rezeki dari Allah S.W.T kepadanya.
Malah, dia turut bersyukur kerana Jammal tidak banyak merengek dan mengerti yang ibunya penat, memerlukan masa untuk berehat.
“Macam tak percaya saya sudah mempunyai dua cahaya mata. Jammal Raess sangat senyap dan diam. Sangat manja dan jarang menangis, memberikan saya lebih masa untuk berehat. Setiap kali selepas diberi susu, dia akan diam dan mahu saya ada di sampingnya.
“Dan yang paling unik pasal Jammal Raess ini, walaupun baru berusia tiga hari, dia sudah boleh berkomunikasi dengan saya menggunakan matanya,” katany
Ekin ingin mengucapkan tahniah kepada Cat dan suaminya di atas kehadiran cahaya mata baru ke dalam keluarga mereka.
Semoga, dengan adanya Jammal, kehidupan Cat, suami dan juga puteri sulung mereka akan bertambah bahagia dan menerima barakah dari Allah S.W.T di dunia dan akhirat. InshaAllah.

Sumber: murai.com

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017