Piala Malaysia 2014

August 12, 2014

Hari ni Ekin berkesempatan untuk menulis blog dan rasanya dah lama ekin tak update pasal sukan, hari ni ekin nak tulis pasal sukan yang akan berlangsung tak lama lagi yaitu sukan bola sepak khususnya piala malaysia.

Musim Piala Malaysia akan bermula,terdapat 16pasukan semuanya. Seperti yang sedia maklum 11 pasukan adalah dari Liga Super manakala 5 pasukan dari Liga Perdana.
11 pasukan dari Liga Super adalah, Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Pahang, Terengganu, Sime Darby, Kelantan, Sarawak, Lions XII, Perak, ATM dan T – Team. 5 pasukan teratas dari Liga Perdana musim lalu yang menyertai Piala Malaysia bagi musim 2014 ialah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Felda United FC, Pulau Pinang, Kedah dan  JDT II. Sepak mula bagi Piala Malaysia akan berlangsung pada 13 Ogos 2014 (Esok). Setelah undian untuk menentukan kumpulan bagi setiap pasukan dibuat dan ia di bahagikan kepada 4 kumpulan.

Kumpulan A  Pahang, Felda United FC, Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Lions XII FC
Kumpulan B  Terengganu, Sarawak, Perak, Kedah
Kumpulan C  Johor Darul Ta'zim (JDT), Kelantan, ATM, Pulau Pinang
Kumpulan D  Polis DiRaja Malaysia(PDRM), Selangor, KL Sime Darby FC, T-Team

Piala Malaysia bagi musim ini di jangkakan sengit dan setiap pasukan akan memberikan dan menunjukan corak permainan masing-masing. Bagi pasukan Pahang misi 2014 adalah untuk mempertahankan kejuaran serta mempertahan Piala Malaysia yang di perolehi musim lalu. Manakala buat PDRM pula selaku Juara Liga perdana tidak boleh dipandang remeh, skuad bimbingan jurulatih kebangsaan Dollah salleh pastikan akan memberi tentangan kepada setiap pasukan yang bertanding bagi musim kali ini. Buat pasukan-pasukan yang bertanding Ekin ucapkan semoga Berjaya dan sama-sama kita memberi sokongan kepada bola sepak Malaysia amnya dan Piala Malaysia khasnya.





You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017