Juara Milik Firman Final #AF2014

November 10, 2014

Juara Milik Firman Final #AF2014 | Assalamulaikum.... Hai rakan-rakan blog ekin.. hari ini rajin update pasal cerita semalam... sory agak lewat tulis entri... nak tulis semalam tapi keadaan tak mengizinkan sikit semalam ekin tak beberapa sihat rasa.. asyik pening kepala jer ni.. perut pulak kadang sakit jah ni.. gastrik gini la jawabnya... 

Ok berbalik cerita semalam mesti rakan-rakan ekin tengok #AF2014 semalam kan... Keputusan memang amat mengejutkan buat ekin la, ekin teka Juara memang dah betul tetapo tempat ke 2, dan ke 5 yang berubah.. ke 3 dan 4 tu dan betul ekin teka Ewal dan Nuha. Biasa la  Bila jari jadi juri keputusan dia amat mengejutkan buat ekin lah... 

Selama 10 minggu AF2014 bersiaran kini muncul la juara... Juara itu milik Firman (Mohd Firman Basir) yang berasal dari  Sabah dan akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 sebuah Toyota Vios TRD Sportivo,pakej percutian ke Osaka, Jepun berserta trofi sumbangan Astro Firman telah menyanyikan lagu berjudul Kejoraku Bersatu nyanyian Amy Search dan sebuah lagu baharu,Di Pintumu ciptaan Datuk M.Nasir. 

Untuk naib juara ekin menjangkakan akan menjadi milik Adel tetapi tak menyebelahi gadis dari sabah itu apabila dia diumumkan berada di tempat kelima. Naib Juara Peserta berusia 21 tahun yang berasal dari Melaka itu telah memenangi RM30,000 sebuah Perdua Myvi,pakej percutian ke Osaka,Jepun dan trofi. 

Tempat ketiga milik Ewal ataupun nama sebenarnya Ikwal Hafiz Ismail menduduki tempat ketiga telah menerima RM20,000 serta percutian ke Osaka Jepun dan trofi, ekin teka betul dah tak pe ewal walaupun tak menang juara ewal tetap juara dimata ekin sebab suara ewal memang best taw.. 

Tempat keempat milik Nuha ni peserta "favourite la ada ala-ala najwa latif tetapi suara rock la hihihihi.. Nuha membawa hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi dan tak lupa juga pada malam tu Nuha memenangi hadiah dari penaja rasmi AF2014 iaitu D'Herbs berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh Datuk Arif Shukri. 

Adel pulak memenangi tempat kelima dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 pakej percutian ke Osaka Jepun dan Trofi. 

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Pengetua AF2014, Datuk Hattan. Konsert  akhir AF2014 telah disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104), Astro MAYA HD (saluran 135) turut dimeriahkan dengan persembahan Bunkface Amy Search, Dayang Nurfaizah,Ning Baizura,Mas Idayu serta Datuk Hattan dan pelajar-pelajar AF2014

Selain undian SMS, para peserta telah diadlili oleh juri tetap, Ramli dan juru undangan Amy Search.

You Might Also Like

1 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017