Sejarah Kucing dan Fakta-Fakta Menarik

August 13, 2015


Sejarah Kucing  dan Fakta-Fakta Menarik | Assalamualaikum...Semua orang minat kucing...termasuk la ikin minat kucing  gakk.. tapi kita ni taw jaga jer kucing-kucing2 kan... di sebalik kucing ada fakta-fakta yang menarik tentang kucing yang kita tak taw kan... kat bawah ni ikin share pasal fakta-faktanya ialah 

“Sejarah Kucing"


Kucing dikenali sebagai mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. 


Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak. 


Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. 


Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau (“meow”/”miaou”), mengeluarkan bunyi ‘purrr’, berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. 


Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.


Banyak mitos yang bertebaran disetiap kehidupan kucing mulai dari memiliki 9 nyawa hingga sebagai jelmaan dewa. Seperti yan terjadi pada masa dinasti Fir’aun 3000 tahun yang lalu, kucing amat dipuja karena dianggap sebagai titisan dewa. Lain di Mesir lain pula di Eropa, di dataran ini kucing dianggap sebagai sihir setan atau pembawa bencana. 


Pada masa abad kegelapan terjadi pemusnahan besar-besaran terhadap haiwan lucu ini, hingga menyebar ke Afrika Utara. Padahal, wabah yang oleh masyarakat saat itu dianggap sebagai kutukan adalah jenis penyakit pes yang diakibatkan oleh meledaknya populasi tikus dan penurunan populasi kucing sebagai Pemangsa.”




“Fakta-Fakta Menarik Tentang Kucing"



  •              Tahukah anda, Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti       bahawa kucing tersebut adalah betina!. Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!. Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!
  •  Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 bunyi,manakala anjing hanya boleh mengeluarkan 10.
  • Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)
  • Kucing adalah haiwan nokturnal,iaitu aktif diwaktu malam
  • Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.
  • Kucing adalah haiwan jenis karnivor
  • Kucing mempunyai bulu yang berfungsi mirip seperti misainya di belakang kaki depan mereka
  • Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)
  • Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana coklat memiliki bahan kimia theobromine”
  • “Aspirin boleh mendatangkan kematikan bagi kucing (hati kucing tidak mampu melarutkan enzim untuk metabolisme aspirin)
  • Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne)
  • Ada penyakit mirip AIDS pada kucing yang disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus)
  • Kucing parsi adalah salah satu jenis kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular
  • Birman, kucing bermata biru ini dipercayai sebagai keturunan dari kucing kuil di Birma
  • Kucing jenis Turkish Van menyukai air sampai kucing jenis ini mendapat nama julukan Turskish Swimming Cat
  • Nada E pada oktava keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi terangsang (Drs. Morin dan Bachrach)
  • Kucing boleh pulang ke rumah meskipun korang membuangnya beberapa kilometer dari rumah.
  • Kucing punyai kebolehan menenangkan manusia (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)
  • Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu)
  • Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati
  • Kita masih lagi di zaman Mesir kuno, sekiranya ada kucing peliharaan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur kening mereka sebagai tanda berkabung”
  • “Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan
  • Jangan korang tak tau kucing pun ada yang kidal juga tau
  • Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya
  • Kucing boleh lari sampai 50 km/jam
  • Penglihatan kucing adalah enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya
  • Kucing tidak mengiau kepada kucing sesuka hati yang kecuali pada waktu-waktu tertentu
  • Kucing mandi (menjilat dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya atau untuk menenangkan diri
  • Kucing tidak boleh berpeluh
  • Kucing boleh mendengar ferkuansi tinggi sampai 65 kHz
  • Jantung kucing berdegup dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan perminit)
  • Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius
  • Kucing jantan boleh mulai mengawan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan”
  • Pemerintah terkenal dahulu kala Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (iaitu takut terhadap kucing)
  • Semua kucing lahir dengan mata biru

  • Keluarga kucing adalah salah salah satu mamalia tertua

  • Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast(Dewi Matahari Dan Peperangan) adalah ibu dari semua kucing
  • Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari negara Amerika. Di Asia, kucing hitam dianggap pembawa keberuntungan
  • Kucing dengan corak bulu calico dan tortoiseshell biasanya betina
  • Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap
  • Air kencing kucing bersinar dalam cahaya yang samar atau gelap
  • Catnip (sejenis herba) sangat disukai kucing kerana baunya sama dengan bau kucing betina dominan
  • Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain Darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah sama dengan darah manusia jenis AB
  • Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (bahasa inggeris)
  • Kucing punya lapisan bulu asli di bawah bulunya
  • Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya
  • Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade
  • Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya
  • Pada tahun 1888, 300000-an mumia kucing ditemukan di Beni Hasan, Mesir, dijual $18,43 perton, dikirim ke Inggeris untuk digiling dan dijadikan Bedak”

You Might Also Like

29 ulasan

  1. sy suke sgt kucing!

    btw, dh follow ur blog :)

    ReplyDelete
  2. waaaaaa. boleh thn. byk jugak tak tahu sl kucing .hihi;p

    ReplyDelete
  3. suka kucinnggggggg.. :D
    btw,,sye ade la kucing jantan sejati dengan 3 kaler..
    tp da arwah..huaaaa~~..sdeyh giler..huuhu T-T

    ReplyDelete
  4. @Papa Hero

    sama-sama... PH... insyaAllah kalau ekin jmpa info lagi akan kongsi lagi dengan PH.. Terima kasih gak sudi singgah blog ekin.. :)

    ReplyDelete
  5. Baru tau info tentang kucing nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri lama ni zumal ekin pulibsh semula

      Delete
    2. Lama pun ia tetap bermanfaat ^-^

      Delete
  6. Assalam ekin,
    akak masa kecik ja dok bela kucing
    sensitip
    tak tahan dok kerap nangeh
    tu yang sekarang memang tak bela dah he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak sha...oooo xpe ada minar kucing tu ok la

      Delete
  7. Wow..menarik fakta yg ekin share nie..sha ok je dgn kucing tapi xbolehlah kalau dia dtg gesel2..sha geli..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri lama tahun 2011 ekin publish semula

      Delete
  8. i love cat...Kucing ni cerdik tau..kalau kita nak makan..dia dengar bunyim kerusi tarik pun..dia dah sibuk ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fida org yg jaga kucing dia taw kucing mcm mana kan

      Delete
  9. Suka kucing jugak :) heheh..banyak fakta yang baru Cik Mimie tahu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ekin dah lama share pasal fakta ni entri lama ni diupdate setting post balik

      Delete
  10. Tambah satu lagi,...kucing ada yg berdengkur hahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha mesti yuri yang berdengkur ni

      Delete
  11. samalah kita Kak Ekin.. suka kucing =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing suka sangat tapi sekarang kena kurangkan peluk kucing huhuhu... nk jlnkan misi ni

      Delete
  12. byk info psl kucing yg saya xtahu yer.. menarik jugak info dia...
    tapi saya ni penakut kucing... hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe taw pasal info kucing dah kira ok tu

      Delete
  13. "Kucing tidak boleh berpeluh?" kalau berpeluh perlu pergi mandi? mcm tu hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia berpuluh dia jilat bulu dia la sis.. nk mandi sendiri x pndai

      Delete
  14. alhamdulillah :)
    byk info pasal kucing sini, ekin.
    aida bookmark. nak share di fb later.

    aida ni penggeli kucing sebeno nyer.
    but anak-anak aida beri izin bergelumang dgn kucing :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017