Friday, September 4, 2015

author photo
SIFAT HATI YANG KOTOR DAN MATI


Assalamualaikum...
Hai selamat pagi semua... harap dipermudahkan urusan hari ini...
Pengkongsian hari jumaat yang indah... 


Jom baca....

1. Tahu hak Allah tetapi tidak menunaikannya.

2.Tahu bahawa Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah namun mengabaikan sunnah baginda.

3.Tahu bahawa Al-Quran itu panduan umat Islam namun tidak pernah beramal dengan hukum yang terkandung di dalamnya.

4.Tahu bahawa syurga itu penuh dengan kenikmatan dan disediakan untuk orang beriman, namun tidak pernah beramal untuk mendapatkannya.

5.Tahu bahawa neraka itu penuh dengan azab seksa yang disediakan untuk mereka yang engkar, namun tidak pernah berusaha menjauhinya.

6.Tahu bahawa kematian itu pasti, namun tidak memperlengkapkan diri dengan amal soleh bagi menghadapi kematian.
     
PUNCA HATI KOTOR
1.  Cintakan dunia (hubbud dunya)
2. Kurang zikir
3.Banyak makan
          
KESAN HATI YANG KOTOR
1.Tidak rasa keagungan Allah -Hati yang kotor tidak merasa keagungan Allah. Hati yang penuh dengan maksiat, penderhakaan dan sifat-sifat keji terhijab dari mengagumi keajaiban ciptaan Allah yang menciptakan alam ini dan seluruh isinya.

2.Cenderung melakukan maksiat dan penderhakaan - Hati yang kotor terdorong untuk melakukan maksiat dan penderhakaan terhadap Allah. Setiap kali maksiat dilakukan, maka satu titik hitam akan terpalit di hati pelakunya. Jika tidak disusuli dengan taubat dan istighfar, maka titik itu akan kekal dan berkarat di hati manusia sehingga pelakunya terbiasa dengan dosa. Dosa dirasakan benda biasa, malah pelakunya semakin seronok melakukannya. Kebiasaannya, dosa akan terus mendorong pelakunya menambahkan lagi kejahatan dan begitulah sebaliknya dengan pahala yang akan mencetuskan lagi kebaikan terhadap pelakunya.

3.Zalim - Definisi zalim dalam konteks Islam adalah berbeza dengan apa yang difahami dalam konteks budaya Melayu. Zalim menurut istilah syarak adalaah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini bermakna, seseorang yang membiarkan hatinya kotor dan keras adalah zalim kerana tidak berusaha menjinakkan hatinya supaya mendekati ajaran agama yang bakal memberikan kebahagian hidup di dunia dan menyelamatkan pemiliknya daripada azab neraka di akhirat kelak.

4.Tersisih dari ketaatan -Bagi sesetengah ulama, kegagalan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT menjadi satu musibah besar dalam diri mereka. Mereka amat berdukacita sekiranya hati semakin lalai dan liat mengerjakan perintahNya. Lantas bagaimana dengan diri kita? Apakah timbul rasa keinsafan dan menyesal sekiranya terlepas daripada menunaikan solat secara berjemaah? Atau tidakkah timbul kehairanan di dalam diri mengapa hati terlalu berat untuk menghulurkan sedekah walaupun sekadar RM 1 sahaja? Jika hati terlalu berkira dan malas untuk berbuat kebaikan, sewajarnya untuk kita merasa sedih kerana hati kian tersisih dari ketaatan terhadap Yang Esa.

This post have 44 komentar

avatar
wardahannesa delete September 4, 2015 at 10:05 AM

lama tak jenguk sini.. hihi. thanks for shring :)

Reply
avatar
arysha_fayyadh delete September 4, 2015 at 11:11 AM

Assalam ekin,
moga kita semua bersih dari hati kotor
AMIN :)

Reply
avatar
Cik Mimie delete September 4, 2015 at 11:40 AM

Salam Jumaat Kak ekin :) Nice sharing...semoga kita bukan kalangan orang yang memiliki ati yg kotor tu :)

Reply
avatar
Murni Alysa delete September 4, 2015 at 12:05 PM

Semoga hati kita sentiasa bersih..InshaAllah

Reply
avatar
Cik Ash delete September 4, 2015 at 2:03 PM

akak pun lama tak singgah blog aneesa

Reply
avatar
Zai Zamree delete September 4, 2015 at 2:56 PM

moga hati2 kita bersih dr hasad dengki

Reply
avatar
Jari Manis delete September 5, 2015 at 12:07 AM

kalau lah boleh cuci dengan SABUN kan...hari2 kena cuci sbb hati2 kotor

Reply
avatar
Jari Manis delete September 5, 2015 at 12:07 AM

byk ketawa boleh jadi hati kotor or hati gelap eh Ekin

Reply
avatar
Jari Manis delete September 5, 2015 at 12:08 AM

perkongsian menarik dan dapat memberi peringatan serta dapat pahala bagi yg berkongsi

Reply
avatar
ZULHILMI TEMPOYAK delete September 5, 2015 at 4:08 AM

saya ada lagi sifat kotot tu. Astagfirullah.. :(

Reply
avatar
Cik Ash delete September 5, 2015 at 7:26 AM

Cuci dengan clorok hahaha bersih terus

Reply
avatar
Cik Ash delete September 5, 2015 at 7:28 AM

Dop eh ketawa gak jgn terlebih ingat Allah insyaAllah

Reply
avatar
Cik Ash delete September 5, 2015 at 7:29 AM

Tq kak jm ekin pun masih lg ada sifat tu sedih sgt ni

Reply
avatar
Cik Ash delete September 5, 2015 at 7:30 AM

Ssama la kita perbaiki diri yq

Reply
avatar
Jari Manis delete September 5, 2015 at 9:56 AM

kalau bersih okey sis JM risau kojol terus je hihihih

Reply
avatar
Jari Manis delete September 5, 2015 at 9:57 AM

sama-sama kita perbaiki diri kan

Reply
avatar
Farrah MF delete September 5, 2015 at 1:44 PM

Ajar sikit sis ketawa dlm iman tu camner :)

Reply
avatar
Farrah MF delete September 5, 2015 at 1:45 PM

Jom kita sama2 baiki diri. Tak mau ada hati kotor dan mati. Hati busuk semua tu kena kikis :)

Reply
avatar
Jari Manis delete September 5, 2015 at 5:39 PM

ketawa dalam diam..x kuar suara heheeh

Reply
avatar
Cik Ash delete September 5, 2015 at 5:42 PM

Yang ekin taw dialog pramlee dalam Ali baba bujang lapok saya mati.dalam.imam jah... Senyum dalam imam ni ekin xtaw mana la...tolong.ajar sis JM

Reply
avatar
Jari Manis delete September 5, 2015 at 5:56 PM

beri senyuman paling ikhlas dan manis h

Reply
avatar
Kira Sakura delete September 6, 2015 at 12:14 PM

terima kasih ekin, ingatkan kami.

tula kadang mulut kata nak syurga takut neraka. tapinya amal rasa tak layak nak masuk syurga lagi sobssssss

Reply
avatar
adianiez AIDA delete September 6, 2015 at 2:09 PM

byk makan ??!
Allahu Akbar.
moga kita sama2 la perbaiki diri...
tq for sharing.

Reply
avatar
Etuza delete September 6, 2015 at 11:38 PM

ya terbaca banyak makan..semoga kita tidak tergolong ya dek..amin

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete September 8, 2015 at 9:09 AM

semoga dijauhkan daripada sifat2 macam ni..

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete September 8, 2015 at 9:09 AM

insyallah.. saling mengingati macam ni.. kita dapat hindari diri kita daripada sifat2 buruk..

Reply
avatar
Cik Ash delete September 8, 2015 at 10:38 PM

Tu la masa bc terkejut bnyk mkn salah satu Allaj akhbar

Reply
avatar
Farrah MF delete September 12, 2015 at 5:59 PM

Ekin betul2 tak tahu ke buat gimmick ni? :)

Reply
avatar
Farrah MF delete September 12, 2015 at 6:00 PM

Yang pasti bukan ketawa berdekah-dekah mulut nganga lebar hihihi

Reply
avatar
nhhas delete September 17, 2015 at 9:56 AM

ehhhh boleh tengah2 taip hilang msg tu... hadoiii....

Reply
avatar
nhhas delete September 17, 2015 at 9:56 AM

lupo dah taip menda ke tadi... hahahahahdoiii

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post